Platform 'E-dagang Jalan Sutera' Pemangkin Baharu Kerjasama BRI

(CRI)Selasa 08 September 2026

Platform 'E-dagang Jalan Sutera' menjadi pemangkin baharu kepada kerjasama berorientasikan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), serta praktik baharu dalam menggerakkan pembangunan terangkum sektor e-dagang di peringkat global, menurut Kementerian Perdagangan China (MOFCOM).

MOFCOM dalam satu sidang media pada Isnin memaklumkan bahawa sepanjang sepuluh tahun lalu, platform itu menyaksikan jaringan kerjasama yang amat luas dibentuk, dengan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) mengenai e-dagang antara China dengan 38 negara.

Platform berkenaan membantu membuka hampir 200 buah pavilion negara secara fizikal dan dalam talian, yang membolehkan puluhan ribu jenis produk berkualiti dari rakan kongsi China masuk ke pasaran negara Tembok Besar.

Selain itu, lebih daripada 60 pusat bekalan produk di seberang laut yang dikendalikan platform tersebut, mendorong perkembangan logistik rentas sempadan, pembayaran mudah alih dan sektor perindustrian lain.

Pegawai kanan MOFCOM, Wang Pengfei berkata satu aktiviti tematik yang dianjurkan platform 'E-dagang Jalan Sutera' pada tahun lalu, telah memperkenalkan 42 inisiatif kerjasama dan menarik penyertaan lebih 100 negara.

Ia turut membantu lebih 80,000 peniaga kecil dan sederhana dari negara terlibat berurus niaga menerusi platform berkenaan, selain menyediakan lebih 100,000 peluang pekerjaan.

Video

Berita Berkaitan