Forum Pembangunan Jalur Sutera Digital WIC 2026 Dirasmikan di Xi'an

(CRI)Khamis 23 Julai 2026

Forum Pembangunan Jalur Sutera Digital Persidangan Internet Dunia (WIC) 2026 dirasmikan di Xi'an, provinsi Shaanxi China pada Rabu.

Majlis perasmian tersebut dihadiri kira-kira 800 tetamu dari 52 negara dan wilayah serta 7 pertubuhan antarabangsa.

Forum yang bertemakan "Menggabungkan Kecerdasan Jalur Sutera, Memulakan Perjalanan Baharu Digital - Bersama Membentuk Komuniti Berkongsi Ruang Siber" ini berjaya menarik penyertaan dari kalangan kerajaan, industri, akademik dan penyelidikan di seluruh dunia.

Antara yang menjadi tumpuan sepanjang program tersebut termasuk forum khas mengenai kerjasama dan pembangunan e-dagang Jalur Sutera, pembangunan inovasi kolaboratif agen pintar, pemeliharaan dan warisan budaya di era digital, serta kesihatan digital.

Video

Berita Berkaitan