Xi Ucap Selamat Hari Guru Buat Warga Pendidik di Seluruh Negara

(CRI)Khamis 10 September 2026

Presiden China, Xi Jinping menzahirkan ucapan tahniah dan penghargaan kepada seluruh guru dan wargapendidik di negara ini sempena sambutan Hari Guru ke-42 yang jatuh pada Khamis.

Xi yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) dan Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat Chinaberkata, dalam mendepani fasa kemajuan baharu, warga pendidik perlu berpegang teguh kepada misi asal untuk memupuk modal insan yang berwibawa demi masa depan negara.

Beliau turut menekankan kepentingan memupuk nilai murni dalam pendidikan, mengekalkan etika perguruan yang tinggi, serta meningkatkan kualiti profesionalisme bagi melahirkan generasi baharu yang sedia memikul tanggungjawab dalam agenda pembaharuan nasional.

Sehubungan itu, beliau menyeru jawatankuasa Parti dan kerajaan di pelbagai peringkat supaya melipatgandakan usaha bagi memperkasakan kebajikan serta kualiti barisan guru.

Selain itu, menurut Xi, sinergi berkenaan diharap mampu memupuk budaya menghormati golongan guru dalam kalangan masyarakat, sekali gus membentuk ekosistem pendidikan yang lebih kukuh dan berdaya saing.

Video

Berita Berkaitan