Xi Seru Empat Universiti Sumbang kepada Agenda Pemerkasaan Negara

(CRI)Rabu 08 April 2026

Presiden China, Xi Jinping menyeru agar tumpuan diberikan kepada keperluan strategik utama negara serta menyumbang kepada usaha baharu dalam memangkin agenda pemerkasaan negara dalam bidang pendidikan, sains dan teknologi serta pembangunan bakat.

Perkara itu dinyatakan Xi dalam surat balas kepada pelajar dan tenaga pengajar dari Universiti Jiaotong Shanghai, Universiti Jiaotong Xi’an, Universiti Jiaotong Barat Daya dan Universiti Jiaotong Beijing, baru-baru ini sambil turut menzahirkan harapan tinggi mengenai perkembangan empat universiti terbabit.

Menurut Xi, keempat-empat universiti itu berkongsi akar sejarah yang sama dan pada tahun ini bersama-sama menyambut ulang tahun ke-130.

Dalam surat balas berkenaan juga, beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada semua tenaga pengajar, pelajar serta alumni universiti berkenaan.

Pada masa yang sama, Xi menekankan kepentingan memperkukuh inovasi sains dan teknologi secara berdikari serta pembangunan bakat, sambil menggesa usaha dipertingkat bagi mencapai lebih banyak kejayaan dalam memperkukuh kerjasama antara sektor industri, universiti dan institusi penyelidikan.

Video

Berita Berkaitan