Feri Sekolah Percuma, 14 Tahun Berjasa

Foto menunjukkan kapal sekolah Wanfeng No. 1 di tasik Wanfeng di pekan Lubuge, kaunti Luoping, provinsi Yunnan, barat daya China. (Foto/Mao Hong)

Foto menunjukkan kapal sekolah Wanfeng No. 1 di tasik Wanfeng di pekan Lubuge, kaunti Luoping, provinsi Yunnan, barat daya China. (Foto/Mao Hong)

Wanfeng No. 1, sebuah kapal penumpang dua tingkat yang beroperasi di tasik Wanfeng, telah sekian lama berkhidmat sebagai feri khusus membawa pelajar yang tinggal di kawasan takungan pekan Lubuge di kaunti Luoping, provinsi Yunnan, barat daya China. Di sebalik operasi kapal ini, semaraknya semangat muhibah selama 14 tahun.

Pekan Lubuge letaknya di pertemuan antara provinsi Yunnan, provinsi Guizhou di barat daya, dan wilayah Guangxi di selatan. Selepas sebuah stesen hidrokuasa mula beroperasi di sana pada 1998, paras air yang meningkat telah menenggelamkan jalan raya dan jambatan yang dulunya menyambungkan komuniti-komuniti tempatan. Ekoran daripada itu, bot menjadi cara utama untuk penduduk dan pelajar bergerak.

Sebelum perkhidmatan kapal sekolah percuma ini diperkenalkan, murid-murid tiada pilihan kecuali menaiki bot kecil yang rel adangnya rendah. Selain mengundang risiko keselamatan, tambang 5 yuan sehala turut membebankan banyak keluarga miskin di kawasan pergunungan.

Kapal sekolah Wanfeng No. 1 ditambat di dermaga sekolah di pekan Lubuge, kaunti Luoping, provinsi Yunnan, barat daya China. (Foto/Mao Hong)

Kapal sekolah Wanfeng No. 1 ditambat di dermaga sekolah di pekan Lubuge, kaunti Luoping, provinsi Yunnan, barat daya China. (Foto/Mao Hong)

Pada 2012, biro-biro keselamatan awam, pengangkutan, pengurusan kecemasan dan pendidikan peringkat kaunti dan pekan bekerjasama melancarkan dasar “feri pelajar percuma”. Standard keselamatan yang ketat telah diperkenalkan diikuti kempen kesedaran secara berkala, berserta model pengangkutan menggunakan kapal besar dan bot kecil secara berganti-ganti untuk membawa pelajar ulang-alik.

“Kami telah menawarkan perkhidmatan percuma ini sejak 2012. Kapal ini tidak menjana keuntungan, tetapi semuanya berbaloi,” kata Dong Xuanqing, kapten kapal.

Sepanjang 14 tahun lalu, feri tersebut secara puratanya membuat 52,000 perjalanan membawa pelajar setiap tahun, merentasi 300,000 batu nautika sambil mengekalkan rekod keselamatan yang sempurna tanpa sebarang kemalangan.

Seorang pekerja membantu pelajar mendaftar diri sebelum menaiki kapal sekolah Wanfeng No. 1 di pekan Lubuge, kaunti Luoping, provinsi Yunnan, barat daya China. (People's Daily Online/Liu Yi)

Seorang pekerja membantu pelajar mendaftar diri sebelum menaiki kapal sekolah Wanfeng No. 1 di pekan Lubuge, kaunti Luoping, provinsi Yunnan, barat daya China. (People's Daily Online/Liu Yi)

Video

Berita Berkaitan