Xi Ucap Tahniah Sempena Ulang Tahun ke-80 Universiti Jilin

(CRI)Rabu 16 September 2026

Presiden China Xi Jinping mengutus surat tahniah kepada Universiti Jilin pada Rabu, sempena ulang tahun ke-80 penubuhan universiti itu.

Dalam surat tersebut, Xi menyuarakan harapan agar Universiti Jilin dapat memanfaatkan kelebihan komprehensifnya, memberi tumpuan kepada keperluan strategik negara, terus mengoptimumkan susunan disiplin dan program akademik, serta meningkatkan taraf pengajaran dan penyelidikan.

Xi juga berharap universiti itu dapat berusaha melahirkan lebih ramai bakat berkualiti, sekali gus memberi sumbangan lebih besar kepada usaha memacu kebangkitan menyeluruh wilayah timur laut pada era baharu serta modenisasi ala China.

Video

Berita Berkaitan