- Lain-lain
'Laluan Emas' Perkasa Kerjasama China, ASEAN

Terusan Pinglu yang menghubungkan bandar Nanning dengan Teluk Beibu, dibuka secara rasminya untuk pelayaran pada Rabu.
Terusan sepanjang 134.2 kilometer (km) itu merupakan projek utama Koridor Perdagangan Darat-Laut Antarabangsa Baharu di Barat China membabitkan kos pembinaan sebanyak 72.7 bilion yuan (RM44.4 bilion).
Ia juga merupakan projek terusan sungai ke laut pertama China yang dirancang dan diselaraskan di peringkat kebangsaan sejak 1949 serta mampu menampung kapal seberat 5,000 tan.
Terusan Pinglu menyediakan laluan laut terpendek dari kawasan pedalaman di barat daya China ke ASEAN, sekali gus memendekkan jarak perjalanan air sehingga melebihi 560 km berbanding laluan sedia ada.
Pengurangan jarak itu diterjemahkan menerusi penjimatan kos pengangkutan tahunan melebihi 5 bilion yuan (RM3.05 bilion).

Bagi banyak negara ASEAN, Terusan Pinglu dilihat sebagai 'laluan harapan' bagi membantu mereka mengatasi halangan dan cabaran dalam pembangunan.
Duta Besar Vietnam ke China, Pham Thanh Binh berpendapat pembukaan Terusan Pinglu bukan sahaja mempamerkan kemampuan teknologi China, malah mencerminkan tekad negara Tembok Besar ini dalam menggerakkan kesalinghubungan serantau.
Sementara itu, Duta Besar Kemboja ke China, Soeung Rathchavy berpandangan produk pertanian dari negaranya boleh dieksport ke China dengan lebih mudah melalui terusan itu.
Reaksi positif turut dinyatakan Duta Besar Filipina ke China, Jaime FlorCruz yang menyifatkan laluan baharu itu sebagai inisiatif penting China untuk memperkasa kerjasama ekonomi dan perdagangan di peringkat global.
Menurutnya, projek mega berkenaan membawa impak positif dan signifikan bukan sahaja kepada seluruh rantau ini, malah kepada dunia untuk jangka masa panjang.
Secara tuntas, Terusan Pinglu yang menghubungkan rangkaian sungai dan laut bukan sahaja meningkatkan kecekapan koridor darat-laut baharu di barat China, malah turut memperkukuh kesalinghubungan China-ASEAN.
Langkah berkenaan sekali gus memberikan sokongan kukuh kepada pembentukan komuniti berkongsi nasib China-ASEAN yang lebih rapat.
- Terusan Pinglu Corak Masa Depan China, ASEAN
- Kumpulan Terakhir Barang Pameran CAEXPO ke-23 Dihantar di Nanning
- CIFTIS 2026: Guangxi Kali Pertama Jadi Tamu, Pandang ke ASEAN
- Terusan Utama Sungai ke Laut China Bakal Buka
- Guangxi Undang Peserta CAEXPO Teroka Terusan Pinglu
- Perdagangan China-ASEAN Cata USD744.41 Bilion pada 7 Bulan Pertama 2026
- Perdagangan China-ASEAN Naik 24.7% Tujuh Bulan Pertama
- Terusan Pinglu Mula Uji Pelayaran Kapal
- China, ASEAN Lakar Haluan Baharu Pembangunan Serantau
- Perdagangan China-ASEAN Meningkat Mantap pada Separuh Pertama 2026




