China, ASEAN Percepat Pembentukan Hab Agihan Buah-buahan

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 18 September 2026

Tapak acara. Foto oleh Feng Xiaohui, People’s Daily Online

Tapak acara. Foto oleh Feng Xiaohui, People’s Daily Online

Satu acara promosi e-dagang Jalan Sutera China-ASEAN 2026 membuka tirai di Nanning pada 17 September, atas anjuran kerajaan wilayah autonomi Zhuang Guangxi.

Antara perkembangan semasa yang ditonjolkan, tumpuan letaknya pada pembangunan sebuah hab agihan buah-buahan, yang susun atur keseluruhannya sudah terbentuk pada asasnya. Pada masa ini, Pusat Perdagangan Produk Pertanian Nanning sedang tampil sebagai nod penting bagi kegiatan perdagangan, pemprosesan dan pengagihan buah-buahan antara China dan ASEAN.

Kaunti Pingxiang, pelabuhan darat terbesar di China bagi import dan eksport buah-buahan, menguruskan kemasukan hampir 40 jenis buah-buahan termasuk durian, buah naga dan manggis, yang menduduki lebih sepertiga jumlah import buah-buahan negara setahun. Sekitar 80 peratus daripadanya ialah durian.

Pada Jun lalu, sebuah acara bertemakan buah-buahan ASEAN diadakan dengan jayanya di Guangxi, menyaksikan tercapainya kontrak dan penzahiran hasrat membeli bernilai lebih 8 bilion yuan.

Video

Berita Berkaitan