Manfaatkan Pembukaan Terusan Pinglu Tingkatkan Kesalinghubungan Guangxi dengan ASEAN - Naib PM China

(CRI)Khamis 17 September 2026

Melalui pembinaan yang bertungkus-lumus selama empat tahun, Terusan Pinglu akhirnya menampilkan wajah yang lengkap dan mula beroperasi secara rasmi. Kejayaan projek pembinaan itu berkait rapat dengan sokongan padu dari pelbagai jabatan dan kalangan rakyat, terutama kesungguhan dan ketekunan para pembina.

Demikian dinyatakan Naib Perdana Menteri China Ding Xuexiang ketika menghadiri majlis perasmian operasi Terusan Pinglu di bandar Qinzhou, wilayah Guangxi pada Rabu.

Ding menegaskan, perlunya mengambil peluang daripada operasi Terusan bagi mempergiatkan pembangunan pelabuhan di Teluk Beibu yang mampu mengakses ke peringkat global, meningkatkan tahap keterbukaan di kawasan bahagian barat, dan membuat sumbangan yang lebih besar bagi mencorak Paradigma Pembangunan Baharu.

"Presiden Xi Jinping amat mementingkan pembinaan Terusan Pinglu, dan pernah memberi arahan tentang pembinaan Terusan Pinglu yang berprofil tinggi, selain menjadikannya projek bermutu, mesra alam, bersih dan tanpa rasuah," kata Ding.

Beliau juga menaiki satu kapal untuk memeriksa operasi laluan Terusan dan ekologi alam sekitar sepanjang kedua-dua tebing.

Untuk rekod, Terusan Pinglu yang menghubungkan bandar Nanning dengan Teluk Beibu, berperanan sebagai satu tunjang bagi wilayah Guangxi dalam usaha memacu pembangunan maritim dan meningkatkan tahap keterbukaan melalui laluan laut, malah menyuntik momentum baharu bagi China dan rantau ASEAN untuk mengukuhkan kesalinghubungan dan pembinaan bersama di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).

Video

Berita Berkaitan