- Lain-lain
Jepun Digesa Ambil Berat Suara Keadilan

Pentadbiran Jepun digesa supaya mendengar dan mengambil berat terhadap suara rakyat yang mahukan keadilan, serta mengambil langkah konkrit untuk merenung dan memperbetulkan kesalahan yang dilakukan.
Gesaan itu dibuat jurucakap Kementerian Luar China Mao Ning dalam sidang media pada Isnin sebagai respons terhadap kenyataan positif mengenai hubungan dua hala yang dibuat tokoh-tokoh dari Jepun.
Selepas lawatan ke China baru-baru ini, bekas Menteri Luar yang juga ketua Persatuan Penggalakan Perdagangan Antarabangsa Jepun, Takeshi Iwaya berkata punca utama kemerosotan hubungan Tokyo-Beijing adalah disebabkan oleh pihak Jepun, dan kerajaan Jepun sewajarnya mencari jalan untuk membaiki keadaan.
Selain itu, terdapat juga suara di Jepun yang mengkritik tindakan Tokyo melarikan diri daripada tanggungjawab sejarah sehingga membawa dasar terhadap China ke haluan yang salah.
Mao berkata pandangan salah dan terpesong dipegang kerajaan Jepun terhadap sejarah serta negara China telah menjejaskan asas politik hubungan bilateral.
Beliau turut menegaskan bahawa situasi seumpama itu tidak selaras dengan kepentingan kedua-dua pihak.
- China Bidas Tindakan Sayap Kanan Jepun Guna AI Manipulasi Sejarah Pencerobohan
- Jepun Digesa Kenakan Hukuman Berat Terhadap Pelaku Kes Ceroboh Masuk Kedutaan China
- Rakyat Jepun Berhimpun Bantah Kekerasan Tentera AS
- Jepun Digesa Bina Kepercayaan Serantau Melalui Tindakan Konkrit - MFA
- Patung Ivan dan Manara Hakko Ichiu, Mana Patut Dihancurkan?
- Rizab Mata Wang Asing Jepun Susut Empat Bulan Berturut‑turut
- 173,000 Tan Air Tercemar dari Loji Nuklear Fukushima Dilepas ke Laut
- Jumlah Import Nadir Bumi Jepun Merosot 80 Peratus
- 'Neo-militarisme' Jepun Mesti Dibendung Tegas
- China Kecam Tindakan Jepun Berkaitan Yasukuni Jinja




