- Lain-lain
China Komited Terus Pacu Pembangunan Berkualiti Melalui Peningkatan Tahap Keterbukaan - PM Li

China komited terus memacu pembangunan berkualiti tinggi melalui peningkatan tahap keterbukaan, dan mengambil tindakan yang proaktif dalam bidang-bidang yang substantif bagi mencetuskan lebih banyak penggerak kepada pertumbuhan ekonomi sejagat.
Demikian dinyatakan Perdana Menteri China, Li Qiang semasa menyampaikan ucaptama dalam majlis perasmian Pameran Import dan Eksport China (Canton Fair) ke-140 di Guangzhou, provinsi Guangdong pada Rabu.
Li menunjukkan, China akan berkongsi lebih banyak peluang pasaran, memperluas kerjasama saling untung, sambil teguh menjaga order ekonomi dan perdagangan antarabangsa.
Tahun ini menandakan ulang tahun ke-70 tertubuhnya Canton Fair, kata Li sambil menambah bahawa Presiden Xi Jinping sebelum ini telah mengutuskan surat tahniah untuk memberi penilaian tinggi terhadap pencapaian yang dilakar sepanjang penganjuran Canton Fair sejak sekian lama, dan mengulangi ketekadan China untuk memperhalusi pelaksanaan dasar pintu terbuka.
Li menekankan bahawa Canton Fair sentiasa menampilkan kedinamikan dan tenaga baharu walaupun mengharungi pelbagai ujian dan perubahan yang berlaku di peringkat antarabangsa. Kejayaannya yang mengandungi ilham yang inspiratif boleh membuktikan bahawa kesalinghubungan antara pelbagai pasaran bukanlah alat pertaruhan, sebaliknya ia merupakan langkah berkesan untuk menjana pertumbuhan ekonomi.
Selain itu, perdagangan antarabangsa bukan sekadar perangkaan di atas kertas, tetapi pilihan sukarela untuk meningkatkan kesejahteraan.
"Situasi sama menang dan saling untung tidak merujuk kepada kompromi sebelah pihak sahaja, sebaliknya ia berdasarkan peningkatan keserasian dan kejayaan bersama," ujar Li lagi.

- Xi Ucap Tahniah Sempena Perasmian Canton Fair ke-140
- Canton Fair ke-140 Bakal Lancar Lebih 50 Langkah Inovatif
- Canton Fair ke-139 Labuh Tirai
- Canton Fair ke-139 Berlangsung untuk Fasa Ketiga
- Dua Fasa Pertama Canton Fair ke-139 Tarik 245,000 Pembeli Asing
- Fasa kedua Canton Fair ke-139 Buka Tirai
- Fasa Pertama Canton Fair ke-139 Labuhkan Tirai
- Canton Fair Catat Rekod Baharu Pembeli Asing
- Lebih 30,000 Pempamer Terlibat dalam Canton Fair Ke-139
- Canton Fair Ke-138 Melabuhkan Tirai, Pembeli Asing Cecah 310 Ribu




