- Lain-lain
Forum di Beijing Bincang Cabaran Keganasan Dibawa Teknologi Pintar

Para peserta berkomunikasi pada Forum Antarabangsa Great Wall-2026 mengenai Antikeganasan di Beijing, ibu negara China, 14 Oktober 2026. Forum tersebut melabuhkan tirai di sini pada Khamis lalu. (Foto oleh Yue Chang/Xinhua)
Forum Antarabangsa Great Wall-2026 mengenai Antikeganasan melabuhkan tirai di Beijing pada Khamis lalu. Lebih 320 pakar dan kakitangan barisan hadapan dari 62 negara dan pertubuhan antarabangsa telah hadir untuk membincangkan cabaran-cabaran yang dihadapi dalam kempen antikeganasan, termasuk yang dibawa kemajuan dalam teknologi pintar dan tanpa manusia.
Sepanjang forum tiga hari itu, para peserta membincangkan situasi keganasan, meneroka penyelesaian kepada cabaran bersama, berkongsi pengalaman praktikal dan mencari saluran ke arah sinergi antarabangsa.
Para peserta sependapat bahawa kemajuan pesat teknologi pintar dan tanpa manusia telah menjadikan kegiatan pengganas lebih terselindung dan membinasakan, memandangkan terdapat cara-cara baharu untuk menjalankan aktiviti mereka.
Pendekatan tradisional yang bergantung pada sesebuah negara bertindak sendirian dianggap tidak mampu menangani ancaman keganasan baharu yang merentas sempadan, bahkan terselindung dan dibantu oleh teknologi pintar. Sama juga, langkah pencegahan dan kawalan yang diambil secara berasingan tidak lagi memadai.
Untuk memerangi keganasan masa kini, negara-negara perlu mengikut kemajuan teknologi pintar dan tanpa manusia, memperkasakan kemampuan melawan keganasan, di samping menubuhkan dan menambah baik mekanisme kerjasama antarabangsa bagi mencegah dan menentang keganasan.
Tahun ini ialah ulang tahun ke-10 forum Great Wall. Acara kali ini memfokuskan situasi yang sedang berubah, musuh yang juga berubah, kemajuan teknologi, dan juga meneliti impak kecerdasan buatan pada perjuangan antikeganasan.

Seorang peserta berinteraksi dengan sebuah robot pada Forum Antikeganasan Antarabangsa Great Wall-2026 di Beijing, ibu negara China, 14 Oktober 2026. (Foto oleh Yue Chang/Xinhua)

Peserta berinteraksi dengan sebuah robot pada Forum Antikeganasan Antarabangsa Great Wall-2026 di Beijing, ibu negara China, 14 Oktober 2026. (Foto oleh Yue Chang/Xinhua)

Seorang peserta bercakap pada Forum Antikeganasan Antarabangsa Great Wall-2026 di Beijing, ibu negara China, 14 Oktober 2026. (Foto oleh Ze Fangningchen/Xinhua)
- Forum Tadbir Urus Global 2026 Bakal Berlangsung di Xiong'an
- Kesamarataan Kedaulatan Jadi Asas Hubungan Antarabangsa - Duta China
- China Terajui Tadbir Urus Global Banteras Gejala Penipuan Telekomunikasi Rentas Sempadan
- GGI Pacu Pembaharuan Tadbir Urus Global Lebih Adil, Inklusif
- China Kejar Kemajuan Praktikal Tadbir Urus Global AI
- China Seru Tadbir Urus terhadap Teknologi Baharu bagi Mengelak dari Disalahguna Pengganas
- Seminar Antarabangsa Anti-keganasan 2026 di Xinjiang Bertujuan Martabatkan Penguatkuasaan, Jana Impak Sosial
- Sumbangan China kepada Tadbir Urus Global
- China Siar Kertas Putih Papar Komitmen Majukan Tadbir Urus Global
- Forum Peringkat Tinggi Tadbir Urus Hak Asasi Manusia Global 2026 Buka Tirai di Beijing




