Gempa Bumi 7.0 Skala richter Gegar Baqing, Xizang

(CRI)Jumaat 23 Oktober 2026

Sekurang-kurangnya 16 orang terkorban manakala 54 lagi cedera, selepas gempa bumi berkekuatan 7.0 pada skala richter melanda Kaunti Baqing di Bandar Nagqu, Wilayah Autonomi Xizang, China kira-kira pukul 10.33 malam pada Khamis.

Susulan kejadian itu, Ibu Pejabat Bantuan Bencana Gempa Bumi Dewan Negara China dan Kementerian Pengurusan Kecemasan meningkatkan tahap tindak balas kecemasan bencana gempa bumi negara daripada Tahap Empat kepada Tahap Tiga, selaras dengan Pelan Tindak Balas Kecemasan Gempa Bumi Kebangsaan.

Pasukan penyelamat kebakaran dan penyelamatan bersepadu negara telah mengerahkan seramai 350 anggota dan 83 kenderaan untuk melaksanakan operasi menyelamat.

Setakat pukul 6.30 pagi tadi, seramai 120 anggota dan 27 kenderaan telah tiba di kawasan bencana, manakala 230 anggota dan 56 kenderaan daripada Pasukan Penyelamat Kebakaran Xizang sedang dalam perjalanan ke kawasan terjejas di Nagqu sebagai bantuan tambahan.

Video

Berita Berkaitan