Xi Tahniah Forum Tadbir Urus Global 2026 yang Dirasmikan di Xiong'an

(CRI)Jumaat 23 Oktober 2026

Presiden China, Xi Jinping menghantar surat tahniah kepada Forum Tadbir Urus Global 2026 yang dirasmikan di Xiong'an pada Jumaat.

Beliau berkata, China bersedia bekerjasama dengan semua pihak untuk mengamalkan konsep tadbir urus global berdasarkan perundingan bersama, pembinaan bersama dan perkongsian bersama, mengumpul kekuatan melalui keyakinan, menghadapi cabaran melalui kerjasama, dan melaksanakan Inisiatif Tadbir Urus Global untuk memberikan lebih banyak kepastian dan tenaga positif kepada dunia, serta melangkah ke pembentukan komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Dimaklumkan, Forum Tadbir Urus Global 2026 bertemakan "Memulihkan Keyakinan dan Kerjasama - Perubahan Besar pada Seratus Tahun dan Menyempurnakan Tadbir Urus Global".

Video

Berita Berkaitan