- Lain-lain
China Dekatkan Tapak Arkeologi kepada Orang Awam

Orang melawat Muzium Tapak Dahecun di Zhengzhou, provinsi Henan, tengah China, 14 Jun 2025. (Xinhua/Hao Yuan)
Di Taman Tapak Arkeologi Negara Dahecun yang letaknya di Zhengzhou, provinsi Henan, tengah China, mensiang bergoyang-goyang dihembus bayu musim gugur, dan kedengaran suara sang rusa memanggil-manggil di landskap seluas hampir 160 hektar ini. Muzium Tapak Dahecun yang baru ditubuhkan di sini, sebahagian besarnya dibina di bawah tanah. Pintu masuknya yang bercerun mengundang para pelawat menelusuri sejarah petempatan Neolitik berusia sekitar 7,000 tahun.
“Ini ialah muzium bertema pertama negara yang mempamerkan budaya Yangshao dalam bentuk panorama,” kata Wang Xiaoya, seorang pemandu pelawat di muzium tersebut. “Atap empat segi tepatnya rata dengan permukaan tanah, membolehkan bangunan ini bersepadu dengan landskap seperti sebuah tapak arkeologi yang muncul dari perut bumi.”
Di dalam, lebih daripada 1,500 relik budaya menggambarkan budaya Yangshao dan menjelaskan sejarah tapak Dahecun. Di luar pula, zon perlindungan teras memaparkan tinggalan petempatan era Yangshao yang berskala besar. Sebuah jendela penting bagi budaya Neolitik yang bertahan dua alaf lamanya, Dahecun merupakan salah satu tapak arkeologi utama di China. Perlindungan dan pemaparannya kepada khalayak kini menjadikan kesan-kesan kehidupan zaman purba lebih mudah diakses oleh orang awam.

Foto yang diambil pada 29 Januari 2024 ini memperlihatkan corak pada sebuah artifak batu firus berbentuk naga di Muzium Arkeologi China, Beijing. (Xinhua/Li He)
Di dalam, lebih daripada 1,500 relik budaya menggambarkan budaya Yangshao dan menjelaskan sejarah tapak Dahecun. Di luar pula, zon perlindungan teras memaparkan tinggalan petempatan era Yangshao yang berskala besar. Sebuah jendela penting bagi budaya Neolitik yang bertahan dua alaf lamanya, Dahecun merupakan salah satu tapak arkeologi utama di China. Perlindungan dan pemaparannya kepada khalayak kini menjadikan kesan-kesan kehidupan zaman purba lebih mudah diakses oleh orang awam.
Merata negara, kian ramai yang melawat lokasi seumpama. Menurut statistik, bilangan pelawat ke taman tapak arkeologi negara di China melonjak naik daripada 20.97 juta pada 2021 kepada 97.74 pada 2025, dengan jumlah keseluruhan dalam tempoh lima tahun itu mencecah 303 juta.
Pelan Lima Tahun ke-15 (2026-2030) China berhubung perkembangan warisan budaya negara menggesa perlindungan dan penggunaan sistematik tapak-tapak seumpama.
Dalam pada itu, satu persidangan peringkat negara mengenai kerja-kerja berkaitan tapak arkeologi utama telah menegaskan perlunya kajian arkeologi peringkat tinggi, perlindungan secara lestari dan pengurusan yang efisien, sambil menyeru supaya pemaparannya kepada khalayak dibuat secara berkualiti tinggi.
Usaha juga akan dilakukan untuk menambah baik perkhidmatan kebudayaan yang disediakan oleh tapak seumpama, memanfaatkan sepenuhnya nilai warisan budaya sambil memenuhi keperluan orang awam.
- Persidangan Arkeologi China ke-5 Buka Tirai di Shanxi
- Makam Dinasti Tang Berisi Khazanah Ditemui di Xi’an
- Ahli Arkeologi Jingdezhen Dedikasikan Lebih 40 Tahun Untuk Penyelidikan Seramik
- Makam Prasejarah Ditemui di Pulau Hainan
- ‘Diari’ Penduduk Purba Berusia 7,300 Tahun Ditemui di Tapak Zaman Batu Baru Provinsi Anhui
- Artifak "Manuskrip Sutera Zidanku" Dikembalikan kepada China dari AS
- Pelajar China Sedia Hidangan Nasi, Guna Resipi Purba Berusia 2,000 Tahun
- Sekilas Integrasi AI Di Dalam Arkeologi
- Naga Jed Terbesar dari Budaya Hongshan Ditemukan di Utara China
- Spesies Baharu Telur Dinosaur Ditemui di Shandong




