- Lain-lain
Xi Ucap Tahniah Sempena Ulang Tahun ke-70 Penubuhan Institut Sosialisme Pusat
Presiden China, Xi Jinping mengutuskan surat taniah sempena ulang tahun ke-70 Institut Sosialisme Pusat.
Dalam surat berkenaan, Xi yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) berkata sepanjang tujuh dekad lalu, institut berkenaan telah melahirkan ramai tokoh-tokoh bukan anggota PKC yang turut memberikan sumbangan penting dalam memantapkan dan mengembangkan barisan bersatu patriotik
Beliau turut menzahirkan harapan agar Institut Sosialisme Pusat dapat berpandukan pemikiran sosialisme bercirikan China pada era baharu, berpegang teguh ke arah pengurusan sekolah yang betul, terus meningkatkan latihan politik, dan menaik taraf tahap pengajaran, penyelidikan serta pengurusan.
Institusi itu juga diharap dapat memainkan peranan yang lebih kondusif dari segi latihan bakat, penyelidikan teori, dan penyebaran dasar serta polisi, sekali gus menyokong agenda pembangunan PKC dan negara, kata Xi.
Difahamkan, Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-70 Institut Sosialisme Pusat berlangsung di Beijing pada Selasa.
- Artikel Xi Mengenai Tanggungjawab dalam Pentadbiran Parti Diterbitkan dalam Jurnal Qiushi ke-17
- Xi Seru Perkukuh Pemahaman Betul terhadap Prestasi Tadbir Urus
- Perhimpunan Memperingati Ulang Tahun ke-100 Jiang Zemin Diadakan di Beijing
- Wang Huning Adakan Tinjauan di Wilayah Xizang
- Pencapaian PKC dalam Tadbir Urus Negara Dapat Pujian
- Tokoh-tokoh Antarabangsa Hargai Ucapan Xi pada Sambutan Ulang Tahun ke-105 PKC
- Pemimpin Dunia Ucap Tahniah atas Ulang Tahun ke-105 PKC
- PKC Berazam Cipta Pancapaian Baharu untuk Rakyat
- Aspirasi Asal dan Sasaran Perjuangan Parti Komunis China
- Perhimpunan Sambutan Ulang Tahun ke-105 PKC Berlangsung di Beijing




