Ingati Sejarah untuk Mara ke Hadapan - Xi

(CRI)Khamis 22 Oktober 2026

"Memperingati sejarah untuk bermara ke masa depan", demikian tegas Presiden China Xi Jinping yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China dan Pengerusi Suruhanjaya Tentera Pusat ketika berucap pada majlis memperingati ulang tahun ke-90 kemenangan Tentera Merah China semasa peristiwa Perarakan Jauh (Long March) di Dewan Besar Rakyat di Beijing pada Khamis.

Beliau menyeru semua anggota parti, tentera, dan rakyat dari semua etnik untuk bersatu padu dengan menyemarakkan semangat Perarakan Jauh serta meneruskan perjuangan perajurit revolusi terdahulu serta mencipta kejayaan dalam era baharu.

Xi menegaskan bahawa penghayatan sejarah bukan sekadar mengenang perjuangan terdahulu, sebaliknya bertujuan memperoleh kebijaksanaan dan kekuatan untuk terus melangkah maju.

Ujarnya, kemenangan yang dicapai itu diraih menerusi kepimpinan parti yang betul, tekad revolusi yang kukuh, dan sokongan rakyat yang luas.

Menurut Xi, semangat perjuangan Perarakan Jauh terus kekal relevan dan perlu diwarisi dalam usaha memacu pembangunan China pada era baharu.

“Sehubungan itu, kita mesti terus berpegang teguh pada cita-cita, kepercayaan dan matlamat Parti, di samping memacu pembangunan berkualiti tinggi bagi memenuhi keperluan rakyat yang semakin meningkat untuk menikmati kehidupan lebih baik.

“Kita juga perlu berani menghadapi cabaran bercirikan sejarah baharu, mempercepat usaha membangunkan angkatan tentera rakyat agar menjadi pasukan bertaraf dunia, serta memperkukuh kepimpinan dan pembinaan parti,” katanya lagi.

Video

Berita Berkaitan