China, Vietnam Bakal Adakan Latihan Bersama Antikeganasan

(CRI)Isnin 02 November 2026

Pasukan Polis Bersenjata Rakyat China dan Pasukan Polis Gerakan Khas Kementerian Keselamatan Awam Vietnam dijadual mengadakan latihan bersama antikeganasan di Hanoi pada awal hingga pertengahan November ini.

Latihan tersebut akan memberi tumpuan kepada kerjasama memerangi jenayah keganasan melibatkan operasi mencari dan menghapuskan bahan letupan, strategi pergerakan darat, teknik serangan pantas serbuan bangunan tinggi dan lain-lain.

Untuk rekod, ini merupakan siri latihan seumpama kali kedua yang digerakkan secara rasmi oleh agensi penguatkuasaan China dan Vietnam.

Video

Berita Berkaitan