- Lain-lain
Sidang Kemuncak Wuzhen WIC 2026 Dirasmikan pada Selasa

Sidang Kemuncak Wuzhen Persidangan Internet Dunia (WIC) 2026 dirasmikan Wuzhen pada Selasa.
Sidang kemuncak yang bertemakan "Berkongsi Sumber Terbuka dan Pembinaan Bersama - Berganding Bahu Membina Komuniti Berkongsi Nasib dalam Ruang Siber" ini telah menghimpunkan perwakilan dari kerajaan pelbagai negara, pertubuhan antarabangsa, sektor korporat dan akademik, dengan menfokus kepada sumber terbuka berkaitan kecerdasan buatan (AI), dan dialog pelbagai dimensi mengenai pembangunan inovatif, tadbir urus keselamatan, pertukaran tamadun dan kerjasama antarabangsa.
Selepas majlis perasmian, forum utama sidang kemuncak yang berlangsung di Wuzhen, provinsi Zhejiang itu akan menampilkan "Dialog AI di Wuzhen," yang menjemput pemimpin-pemimpin dari syarikat teknologi global terkemuka, syarikat model besar sumber terbuka, dan saintis AI untuk bersama-sama membincangkan pembinaan ekosistem AI sumber terbuka di peringkat global.
Dimaklumkan, pelbagai sesi penilaian dan peraduan anjuran sidang kemuncak ini menunjukkan kerelevanan tinggi di arena antarabangsa.
Antaranya, pihak penganjur acara pertandingan bertajuk "Berganding Bahu untuk Membina Komuniti Berkongsi Nasib dalam Ruang Siber" melalui pertunjukan pakej penyelesaian telah menerima 360 pendaftaran dari 80 negara dan wilayah di seluruh dunia, dan berakhir dengan 11 item yang terpilih sebagai penerima anugerah.
Selain itu, terdapat 43 negara dan wilayah yang menghantar lebih 430 item saintifik dan teknologi untuk mempertandingkan Anugerah Teknologi Terkemuka WIC, dengan 18 negara dan wilayah buat kali pertama menyelesaikan pendaftaran berkenaan. Jumlah keseluruhan pendaftaran antarabangsa melonjak 21 peratus berbanding tahun lalu, dan sebanyak 20 item akhirnya dinobatkan sebagai penerima anugerah.
Pengerusi Persatuan Sistem Komunikasi Mudah Alih Global, John Hoffmanmenyatakan bahawa salah satu sorotan Sidang Kemuncak Wuzhen ialah ia menyediakan platform untuk menyebarkan maklumat dan mengumpul kebijaksanaan, membolehkan semua pihak bersama-sama meneroka cara membina Internet yang terbuka dan dikongsi secara global.
Ini bukan sahaja tema acara tahun ini, tetapi juga misi sidang kemuncak terbabit sejak sekian lama, iaitu "pastikan tiada yang tercicir" yang bertujuan mencipta peluang kepada seluruh dunia pada masa depan.
- WIC Asia Pasifik 2026 Dirasmikan di Hong Kong
- Sidang Kemuncak Asia-Pasifik WIC 2026 Bakal Diadakan di Hong Kong
- Sidang Kemuncak Wuzhen WIC 2025 Buka Tirai, Anjur 24 Sub Forum
- WIC Wuzhen 2025 Dirasmikan
- Forum Pelabuhan Maklumat China-ASEAN Berlangsung Sempena WIC 2024
- Xi Ucapkan Tahniah Kepada Persidangan Internet Dunia 2024 di Wuzhen
- Ekspo Cahaya Internet Buka Tirai di Wuzhen
- Sidang Kemuncak Wuzhen WIC 2024 Berlangsung pada November
- WIC: Laporan Pembangunan Internet Disiarkan
- Terokai Muzium Sains dan Teknologi Internet Dunia di Wuzhen




