- Lain-lain
Laman Sesawang Pusat Berita Minggu Mesyuarat Pemimpin APEC 2026 Dilancarkan
Laman sesawang Pusat Berita Minggu Mesyuarat Pemimpin APEC 2026, secara rasmi dilancarkan pada Ahad dan akan berperanan sebagai infrastruktur digital penting kepada pengamal media dari dalam dan luar negara sepanjang membuat liputan acara berkenaan.
Laman sesawang pusat berita berkenaan merupakan platform perkhidmatan kandungan yang dibina oleh China sebagai tuan rumah bagi membantu para pengamal media mendapatkan maklumat sepanjang membuat liputan.
Platform berkenaan turut mengandungi beberapa segmen termasuk penyiaran berita, pengumuman media dan maklumat aktiviti penting acara-acara utama, sekali gus menawarkan sokongan menyeluruh kepada pengamal media yang terlibat, bermula daripada akses kepada maklumat sehingga kepada bantuan logistik untuk tujuan liputan berita.
Selain itu, Pusat Berita Fizikal Minggu Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC 2026 yang terletak di Dewan 2, Pusat Konvensyen dan Pameran Shenzhen (Futian) turut disediakan dan dijadualkan mula beroperasi pada 11 November ini.
- Mesyuarat Menteri Luar, Menteri Perdagangan APEC Fokuskan Pembinaan Komuniti Asia Pasifik
- Mesyuarat Menteri Luar, Perdagangan APEC Berlangsung di Beijing
- Import dan Eksport Kawasan Teluk Besar dengan Entiti Ekonomi APEC Kekal Mantap
- Mesyuarat Menteri Kewangan APEC ke-33 Berlangsung di Hong Kong
- Shenzhen Sedia untuk APEC
- Mesyuarat Menteri Kewangan APEC ke-33 Dirasmikan di HK Minggu Depan
- China, Rusia Tingkatkan Penyelarasan dalam Kerangka Pelbagai Hala
- China Alu-alukan Kehadiran Presiden Putin pada Sidang Kemuncak APEC di Shenzhen
- Mesyuarat Menteri Pembangunan Sumber Manusia APEC Ke-8 Berlangsung di Nanjing
- Sidang Kemuncak CEO APEC 2026 akan Diadakan di Shenzhen pada November




