- Lain-lain
CIIE: Kongsi Manfaat Bersama Dunia

'Peluang China 2.0' menjadi kata kunci yang paling kerap disebut oleh eksekutif kanan syarikat asing dalam Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-9 yang sedang berlangsung di Shanghai.
Sempena tahun pertama pelaksanaan Rancangan Lima Tahun ke-15 (2026–2030), rata-rata syarikat multinasional berhasrat untuk terus merebut peluang dijana pasaran China yang bersaiz mega.
Sebagai pameran peringkat kebangsaan pertama di dunia yang bertemakan import, CIIE telah menjadi jendela bagi China untuk membina paradigma pembangunan baharu, platform untuk menggalakkan keterbukaan bertaraf tinggi, serta produk awam antarabangsa yang dikongsi bersama.
CIIE tahun ini membaharui rekodnya dengan penyertaan sejumlah 4,142 syarikat asing dari 148 negara dan wilayah, antaranya ruang pameran syarikat Amerika Syarikat (AS) kekal menduduki tempat pertama untuk lapan edisi berturut-turut.
Penganjuran CIIE membuktikan bahawa China bukan sekadar 'kilang dunia' dan 'penjual super', malah juga merupakan 'pasaran dunia' dan 'pembeli super'.
Kini, China telah menjadi pasaran import kedua terbesar di dunia selama 17 tahun berturut-turut dan juga merupakan rakan dagang utama bagi lebih 160 negara dan wilayah.
Untuk rekod, jumlah import China bagi tiga suku pertama tahun ini mencatatkan peningkatan sebanyak 22.3 peratus tahun ke tahun.
Penganjuran CIIE turut memperlihatkan komitmen China untuk memperkasa keterbukaan bertaraf tinggi, manfaat dijana pasaran China dinikmati syarikat dan rakyat pelbagai negara, serta kesungguhan dan sumbangan dibuat tokoh-tokoh pelbagai lapisan masyarakat dalam menambah baik tadbir urus ekonomi sejagat.
Melihat semakin banyak syarikat mengecapi manfaat daripada pasaran, inovasi dan pembangunan China, boleh dikatakan bahawa 'Peluang China 2.0' akan diterjemahkan kepada lebih banyak hasil yang nyata.

- Naib PM China Seru Sinergi Wujud Perdagangan Seimbang
- Ekspo Import China Tarik Lebih Banyak Syarikat Fortune Global 500, Pemimpin Industri
- Kumpulan Pertama Produk Pameran Tiba di Lokasi CIIE
- Persiapan CIIE di Shanghai Hampir Siap
- Persiapan CIIE ke-9 Hampir Selesai
- CIIE Sediakan Ruang Pameran Percuma untuk Negara Paling Mundur
- Mula Kira Detik 100 Hari CIIE ke-9
- CIIE ke-8 Labuh Tirai di Shanghai
- Sekali Lagi Pecah Rekod! 9 Gambar Sorotan Penting CIIE ke-8
- 256 Syarikat Australia Sertai CIIE, Mencipta Rekod Baharu




