Konflik Berlarutan antara AS -Iran Tidak Selaras dengan Kepentingan Semua Pihak - MFA

(CRI)Selasa 10 November 2026

Konflik yang berpanjangan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran tidak memberi sebarang manfaat kepada pihak-pihak yang terlibat mahupun masyarakat antarabangsa.

Demikian ditegaskan jurucakap Kementarian Luar (MFA) China, Guo Jiakun dalam sidang media di Beijing pada Isnin, ketika diminta mengulas mengenai laporan yang memetik kenyataan Donald Trump yang menuntut China membantu menyelesaikan dan menamatkan konflik AS dengan Iran.

Sehubungan itu, Guo mengulangi pendirian China bahawa pihak-pihak berkaitan perlu mengutamakan pendekatan damai serta menyelesaikan pertikaian menerusi dialog dan rundingan bagi mempercepatkan pemulihan keamanan serta kestabilan di Asia Barat dan rantau Teluk.

Video

Berita Berkaitan