- Lain-lain
Shenzhen Terbuka, Rintis Haluan Baharu Bersama Asia Pasifik

Pelawat bergambar dengan pemandangan bertemakan APEC di Taman Gunung Lianhua, Shenzhen. (People's Daily Online/Wang Xing)
Mesyuarat Tidak Rasmi ke-33 Pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dijadualkan berlangsung pada 18 hingga 19 November di Shenzhen.
Sejak awal tahun ini, pelabuhan masuk Lapangan Terbang Shenzhen telah mengendalikan 8,500 tan produk pertanian segar termasuk buah dan hasil laut yang diimport dari negara anggota APEC. Keluaran segar seperti durian Musang King dan keretah dari Malaysia, jambu air dan langsat dari Thailand, serta udang mantis dan ikan kerapu dari Indonesia dapat sampai ke meja makan di Shenzhen dalam masa hanya dua jam selepas tiba.

Bendera bertemakan APEC berkibar di Daerah Robotik Longgang, Shenzhen. (People's Daily Online/Wang Xin)
Lonjakan dalam aliran penumpang dan kargo ini mencerminkan kecenderungan pelabur global untuk memilih persekitaran perniagaan Shenzhen. Berdepan sebuah landskap yang berubah pesat, negara-negara Asia Pasifik dengan pendirian yang semakin terbuka bertindak mengukuhkan lagi konsensus untuk mengejar pembangunan yang bersifat menang-menang.
Pada tiga suku pertama tahun ini, import dan eksport China dengan negara APEC lain mencecah 24.07 trilion yuan, meningkat 23.9 peratus tahun ke tahun. Pada 2025, China telah menjadi rakan dagang terbesar bagi 13 anggota APEC. Kini, dengan pelaksanaan penuh Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP), lebih 90 peratus barang yang diperdagangkan di rantau ini menikmati pengecualian tarif. Pada masa yang sama, penaiktarafan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN 3.0 telah pun dipersetujui bersama.

Pameran bertemakan APEC menghiasi Shennan Avenue di Shenzhen. (People's Daily Online/Wang Xin)
Dengan ini, rangkaian perdagangan bebas serantau kian saling hubung, sekali gus menyuntik momentum keinstitusian yang kuat kepada pertumbuhan ekonomi Asia Pasifik.
- Laman Sesawang Pusat Berita Minggu Mesyuarat Pemimpin APEC 2026 Dilancarkan
- Mesyuarat Menteri Luar, Menteri Perdagangan APEC Fokuskan Pembinaan Komuniti Asia Pasifik
- Mesyuarat Menteri Luar, Perdagangan APEC Berlangsung di Beijing
- Import dan Eksport Kawasan Teluk Besar dengan Entiti Ekonomi APEC Kekal Mantap
- Mesyuarat Menteri Kewangan APEC ke-33 Berlangsung di Hong Kong
- Shenzhen Sedia untuk APEC
- Mesyuarat Menteri Kewangan APEC ke-33 Dirasmikan di HK Minggu Depan
- China, Rusia Tingkatkan Penyelarasan dalam Kerangka Pelbagai Hala
- China Alu-alukan Kehadiran Presiden Putin pada Sidang Kemuncak APEC di Shenzhen
- Mesyuarat Menteri Pembangunan Sumber Manusia APEC Ke-8 Berlangsung di Nanjing




