- Lain-lain
China, Laos Ikrar Bersinergi Maju Pembinaan Negara Sosialis Moden, Lonjakan Hubungan Bilateral

China ingin bekerjasama dengan Laos untuk mengikuti panduan strategik pemimpin tertinggi kedua-dua pihak untuk menyuntik momentum baharu bagi memacu usaha membina negara sosialis moden masing-masing.
Demikian dinyatakan Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC), Wang Huning apabila mengadakan pertemuan dengan Timbalan Presiden Jawatankuasa Pusat Front Laos untuk Pembangunan Nasional (LFND), Boutsady Thanameuang di Beijing pada Selasa.
Wang berkata, Presiden China, Xi Jinping dengan rakan sejawatnya dari Laos, Thongloun Sisoulith pada Jun lalu telah mencapai konsensus penting mengenai pembentukan komuniti berkongsi nasib bersama China-Laos sepanjang masa pada era baharu, sekali gus merangka gagasan yang mempunyai visi panjang untuk hubungan kedua-dua negara.
Sementara, Boutsady pula menzahirkan ucapan tahniah atas kejayaan Sidang Pleno Kelima Jawatankuasa Pusat Ke-20 Parti Komunis China (PKC).
Beliau juga memuji pencapaian besar yang dilakar China dalam usaha pembinaan pemodenan negara serta sumbangan kondusif bagi mengekalkan keamanan dan pembangunan dunia.
Boutsady turut menyatakan kesediaan Laos untuk merealisasikan persefahaman yang dicapai pemimpin kedua-dua negara, memperdalam kerjasama dua hala dalam pelbagai bidang, sekali gus terus memacu pembinaan komuniti berkongsi nasib bersama Laos-China secara berterusan.
- Laluan Penerbangan Qingdao–Vientiane Mula Beroperasi
- Projek Sambungan Grid China-Laos Salur Bekalan Elektrik Satu Bilion kWh
- China-Laos "Peace Train-2026" Selesai dengan Jayanya
- Latihan Bersama 'Peace Train-2026' China-Laos Labuh Tirai
- Latihan Bersama "Peace Train 2026" China-Laos Dirasmikan di Vientiane
- China, Laos Adakan Latihan Bersama Bantuan Perubatan Kemanusiaan
- Projek Naik Taraf Sekolah Laos Bantuan China Bermula
- Landasan Kereta Api China-Laos Beri Manfaat kepada Pembangunan Laos
- China, Laos Capai Lonjakan Besar dalam Hubungan Dua Hala
- China, Laos Ikrar Bina Komuniti Berkongsi Nasib Sepanjang Masa pada Era Baharu




