Import Eksport Sembilan Bandar Tanah Besar GBA Naik 26 Peratus pada 10 Bulan Pertama

(CRI)Jumaat 13 November 2026

Jumlah perdagangan import dan eksport bagi sembilan bandar di tanah besar China dalam Kawasan Teluk Besar Guangdong-Hong Kong-Macao (GBA), mencecah RMB9.46 trilion (RM5.8 trilion) sepanjang sepuluh bulan pertama 2026, meningkat 26 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Menurut statistik Cawangan Guangdong Pentadbiran Am Kastam China, kadar pertumbuhan itu adalah enam mata peratus lebih tinggi berbanding kadar pertumbuhan perdagangan luar China secara keseluruhan.

Pada masa yang sama, sumbangan sembilan bandar berkenaan kepada jumlah nilai import dan eksport China meningkat satu mata kepada 21.1 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Daripada jumlah itu, nilai eksport mencatat RMB5.54 trilion (RM3.4 trilion), meningkat 15.1 peratus tahun ke tahun, manakala sektor import pula berjumlah RMB3.92 trilion (RM2.4 trilion), menyaksikan lonjakan ketara sebanyak 45.4 peratus.

Video

Berita Berkaitan