Kawasan Teluk Besar Pacu Pertumbuhan Ekonomi Altitud Rendah

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 26 Disember 2025

Sebuah pesawat berlepas dan mendarat secara vertikal elektrik (#eVTOL) yang dibangunkan oleh syarikat pembuat dron China, EHang, membuat penerbangan demonstasi di pusat demonstrasi operasi lalu lintas udara bandar di daerah Bao’an, Shenzhen, provinsi Guangdong, selatan China, 16 April 2025. (Xinhua/Mao Siqian)

Sebuah pesawat berlepas dan mendarat secara vertikal elektrik (#eVTOL) yang dibangunkan oleh syarikat pembuat dron China, EHang, membuat penerbangan demonstasi di pusat demonstrasi operasi lalu lintas udara bandar di daerah Bao’an, Shenzhen, provinsi Guangdong, selatan China, 16 April 2025. (Xinhua/Mao Siqian)

Satu persidangan tentang pembangunan berkualiti tinggi ekonomi altitud rendah di Kawasan Teluk Besar Guangdong-Hong Kong-Makau telah berlangsung di bandar Guangzhou, selatan China, Khamis lalu. Acara menghimpunkan pegawai-pegawai kerajaan, pemimpin industri dan ahli akademik untuk melakar haluan bagi pertumbuhan yang dipacu inovasi.

Ekonomi altitud rendah, sebuah kluster baru muncul yang strategik, mewakili satu sempadan penting bagi kemajuan teknologi dan pempelbagaian ekonomi. Ekosistem perindustrian serta sinergi rentas sempadannya yang kukuh, meletakkan Kawasan Teluk Besar di paling hadapan untuk mempelopori usaha ini.

Provinsi Guangdong, enjin utama Kawasan Teluk Besar, merupakan satu hab dalam landskap altitud rendah China. Data daripada Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Provinsi Guangdong menunjukkan bahawa provinsi itu memiliki lebih 15,000 syarikat yang terbabit dalam rantaian industri altitud rendah, iaitu 30 peratus jumlah seluruh negara. Ini termasuk syarikat antara terunggul di dunia seperti EHang dan DJI.

Pada 2024, Guangdong mengeluarkan sebanyak 6.94 juta dron kegunaan awam, dengan syer pasaran yang mewakili 95 peratus produk gred pengguna dan 54 peratus gred perindustrian.

Zhang Hu, naib gabenor eksekutif Guangdong, menekankan kesediaan Kawasan Teluk Besar untuk mengejar pertumbuhan mantap ekonomi altitud rendah. Persekitaran inovasi yang luar biasa, iklim perniagaan kelas dunia serta sistem perindustrian yang matang, antara keistimewaan rantau itu.

Hong Kong pula sedang memanfaatkan kelebihan unik yang dinikmatinya di bawah kerangka “satu negara, dua sistem”. Pada bulan Mac, Hong Kong telah melancarkan sebuah medan ujian regulatori untuk projek-projek altitud rendah, membolehkan ujian terkawal dilakukan terhadap teknologi dan infrastruktur yang berkaitan.

Michael Wong, timbalan setiausaha kewangan Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong merangkap ketua pasukan kerja ekonomi altitud rendahnya, memandang penting kedudukan Hong Kong. “Sebagai hab kewangan, perkapalan dan perdagangan antarabangsa, Hong Kong akan memainkan peranan dengan sepenuhnya selaku penghubung dalam kolaborasi dengan Guangzhou dan bandar-bandar lain di Kawasan Teluk Besar demi pembangunan berkualiti tinggi ekonomi altitud rendah.”

Mengambil pendekatan serupa, Makau juga telah membentuk sebuah pasukan kerja khusus untuk membangunkan ekonomi altitud rendah.

“Ekonomi altitud rendah merupakan sebuah industri strategik negara dan enjin baharu bagi integrasi Kawasan Teluk Besar,” ujar Tai Kin Ip, setiausaha ekonomi dan kewangan Wilayah Pentadbiran Khas Makau. Beliau turut menambah bahawa Makau akan memperkasakan kerjasama dengan beberapa bandar agar menyumbang kepada pembangunan berkualiti tinggi seluruh sektor.

Satu buku biru 2025 mengenai industri altitud rendah Kawasan Teluk Besar yang diterbitkan oleh Perkhidmatan Maklumat Ekonomi China, menekankan betapa perlunya kerjasama antara Guangzhou, Shenzhen dan Zhuhai sebagai hab teras, disokong oleh integrasi yang lebih mendalam dengan Hong Kong dan Makau.

Video

Berita Berkaitan