- Lain-lain
Xi Arah Bina Masyarakat Mesra Warga Emas
Presiden China Xi Jinping menegaskan keperluan untuk meningkatkan jaminan untuk golongan berusia agar membina masyarakat yang mesra warga emas.
Xi, yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) dan Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat membuat gesaan tersebut dalam arahan mengenai kerja berkaitan penuaan masyarakat baru-baru ini.
Mengulas pencapaian lalu, Xi berkata usaha berkaitan hal ehwal warga emas di China telah melakar kemajuan dan keberhasilan baharu sejak Kongres Kebangsaan PKC ke-18.
Menurut Xi, perkembangan pesat dalam kebajikan dan industri penjagaan warga emas telah berjaya meningkatkan rasa kepuasan, kebahagiaan serta keselamatan dalam kalangan golongan berkenaan secara berterusan.
Beliau menekankan bahawa pembinaan jaringan keselamatan sosial, perkhidmatan penjagaan dan kesihatan serta penglibatan sosial untuk golongan berusia harus diperkukuh.
Arahan penting Xi tersebut disampaikan pada Persidangan Kerja Warga Emas Kebangsaan yang berlangsung selama dua hari di Beijing pada 18 hingga 19 Nov.
- Mission Unlock | Ep 4: Mengapa Nenek Sorok Butang Panggilan?
- Komuniti di Hangzhou Sedia Hidangan Panas Susulan Mesej Penduduk
- Raikan Pesta Chongyang: Warga Emas di China Sambut Tahun-tahun Emas Dengan Penuh Ceria
- Permainan Mesra Warga Emas Suntik Keceriaan Pasca Persaraan
- China Promosi Model Penjagaan Warga Emas Inovatif
- Gansu Terus Mengoperasikan ‘Kereta Api Perak’ Dengan Perkhidmatan Tersuai
- Dron Hantar Makanan Hangat Buat Warga Emas di Kawasan Pergunungan Zhejiang
- China Bakal Dorong Pelancongan Mesra Warga Emas, Tawar Lebih Banyak Kereta Api Khusus
- Xi Sampaikan Salam kepada Warga Emas di Ambang Pesta Chongyang
- Golongan Warga Emas, Salah Satu Tumpuan Pentadbiran Xi




