Mission Unlock | Ep 4: Mengapa Nenek Sorok Butang Panggilan?

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 13 Ogos 2026

Dalam Episod 4 “Mission Unlock”, Mina ditugaskan untuk menghidupkan semula nod perkhidmatan jagaan warga emas selepas sistem itu mengesan terdapat kejanggalan dalam keadaan kesihatan seorang wanita lanjut usia yang tinggal bersendirian, yang alat panggilan kecemasannya sudah lama tidak dipakai.

Siasatan Mina mendapati bahawa masalahnya bukanlah wanita itu tidak tahu menggunakan alat tersebut atau tidak memerlukan sokongan. Sebenarnya, dia tidak mahu menyusahkan keluarga apalagi dilihat sebagai orang yang tidak mampu menguruskan hidup sendiri.

Pengalaman ini membantu Mina menyedari bahawa perkhidmatan mesra usia lanjut bukan setakat memantau kesihatan dan memberikan bantuan kecemasan. Khidmat seumpama hendaklah menawarkan penyelesaian lebih mudah diakses, tersuai dan teliti yang memenuhi pelbagai keperluan warga tua – baik dari segi nasihat kesihatan dan perkhidmatan makanan hinggalah teman emosi, aktiviti budaya dan penglibatan dalam masyarakat – sekali gus membantu mereka hidup dengan lebih selamat dan mengecap kepuasan hidup.

Garis panduan Pelan Lima Tahun ke-15 (2026-2030) demi pembangunan sosioekonomi negara menggesa usaha diperhebat untuk memperkaya kehidupan warga emas, merancakkan ekonomi perak serta memperluas bekalan produk dan perkhidmatan berkaitan.

Pembangunan yang benar-benar mesra warga emas bukan hanya menyediakan jagaan dan perlindungan, tetapi juga membolehkan mereka mendapat sokongan secara bermaruah, tidak terputus daripada komuniti, dan terus mengecap kepuasan hidup ketika sudah lanjut usia.

Video

Berita Berkaitan