- Lain-lain
ASEAN Kekal Rakan Dagang Produk Pertanian Terbesar China
ASEAN kekal sebagai rakan dagang produk pertanian terbesar China selama lapan tahun berturut-turut, menurut Pentadbiran Am Kastam China (GACC).
Xiamen merupakan antara bandar yang mengendalikan sarang burung walit import terbesar di China.
Setiap minggu, bandar itu menerima bekalan sarang burung mentah dari Kuala Lumpur melalui penerbangan selama empat jam untuk pemprosesan lanjut.
Menurut pihak kastam tempatan, di bawah rangka Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP), perdagangan sarang burung walit antara China dengan ASEAN kini menikmati tarif sifar, sekali gus membolehkan produk berkenaan dipasarkan dengan harga mesra pengguna.
Di pusat sehenti perkhidmatan eksport produk pertanian di Dali, provinsi Yunnan, kelihatan trak rantaian sejuk beku yang sarat dengan muatan limau, anggur dan buah-buahan lain berbaris panjang untuk pemeriksaan kastam sebelum bertolak ke Vietnam melalui jalan darat.
Seorang pegawai jabatan kastam tempatan memberitahu bahawa kesalinglengkapan Yunnan dan negara ASEAN dari segi varieti buah-buahan dan musim menuai telah menjadi pemacu utama kepada lonjakan eksport buah segar keluaran Yunnan.
Untuk rekod, buah-buahan Yunnan antaranya anggur, limau, epal dan kurma segar dieksport ke negara-negara ASEAN seperti Thailand, Vietnam dan Singapura.
- Forum Ekonomi China-ASEAN Diadakan di Kuala Lumpur
- PM China Tiba di Kuala Lumpur
- Logistik Rentas Sempadan Nampak Lagi Kemajuan
- Bina Rumah yang Aman, Selamat, Makmur, Cantik dan Bersahabat
- China Perjuangkan Keadilan, Kesaksamaan Di Sebalik Ketegangan Global
- Xi Selamat Tiba di Tanah Air
- China, Negara Jiran, Berganding Bahu Demi Masa Depan Lebih Baik
- China Sedia Mantapkan Kerjasama Perdagangan dengan ASEAN
- Kerjasama Digital Jadi Enjin Baharu Pertumbuhan China, ASEAN
- Pelaburan China di ASEAN Berkembang Untuk Manfaat Bersama