- Lain-lain
Lima Kad Kredit Utama Dunia Boleh Diimbas Beli Tambang Metro Beijing
Sistem Transit Rel Perbandaran Beijing menyediakan perkhidmatan pembayaran tambang tanpa sentuhan dengan menggunakan kad JCB yang dikeluarkan di luar negara dan kad American Express yang dikeluarkan di dalam dan luar negara bermula dari Ahad.
Perkhidmatan ini disifatkan sebagai satu lagi penaiktarafan penting selepas sokongan kepada pembayaran yang menggunakan MasterCard dan Visa pada bulan September 2024 yang bertujuan untuk memudahkan pembayaran penumpang, terutama yang dari negara asing.
Dengan ini, Sistem Transit Rel Perbandaran Beijing telah menjadi sistem transit rel bandar pertama di dunia yang mampu menyediakan perkhidmatan pembayaran untuk lima jenis kad kredit utama termasuk China Unionpay, Mastercard, Visa, JCB dan American Express.
Penaiktarafan perkhidmatan ini melibatkan 29 laluan di seluruh rangkaian Metro Beijing, 523 stesen dan laluan S2 di kawasan luar bandar. Kelima-lima jenis kad kredit utama dunia itu boleh diimbas di semua pintu masuk keluar dalam rangkaian Metro Beijing dalam tempoh masa operasi.
Pemegang kad kredit mana-mana jenis pun tidak perlu menempah tiket atau memuat turun aplikasi yang berkenaan terlebih dahulu, sebaliknya hanya perlu mengimbas saja di pintu masuk keluar untuk mendapat pelepasan.
Sejak perkhidmatan pembelian tambang dengan mengimbas kad kredit asing disediakan pada 13 September 2024 di tanah besar China, Metro Beijing telah menerima pembayaran tambang dengan mengimbas kad kredit asing yang dikeluarkan lebih 130 buah negara dan wilayah, dan belum pernah mendapat aduan apa-apa pun tentang perkhidmatan tersebut setakat ini.
- Pelancong Asing Bawa Bagasi Kosong, Sakan Membeli-belah di Shenzhen
- China Optimumkan Dasar Rebat Cukai untuk Pengembara Asing
- China Tambah Baik Dasar Bayaran Balik Cukai Perlepasan
- Tarikan Kedesaan di Luar Bandar China Jadi Trend Pelancong
- Aplikasi AI Pacu Pelancongan Pintar di China
- Hari Pelancongan China : Keajaiban Pemandangan yang Anda Tidak Boleh Terlepas
- Beijing Umum Kumpulan Pertama Tempat Bayaran Balik Cukai Pelepasan
- Pelancong Antarabangsa Dorong Lonjakan Beli-belah di China
- Aktiviti Mencerap Burung Pacu Pertumbuhan Ekonomi China
- Trend Percutian “Tak Menyakitkan” Ubah Landskap Pelancongan China
- Beijing Terima Lebih 8 Juta Pelancong Sempena Cuti Pesta Duanwu
- Populasi Beijing Meningkat 15 Ribu Pada 2023, Cecah 21.858 Juta
- Pusat Perkhidmatan Hotline Beijing
- Warga Beijing Teruja Rasai Suasana Awal TBC
- Trafik Penumpang Udara Antarabangsa di Beijing Rekod 18.27 Juta pada 2024
- Hab Pengangkutan Bawah Tanah Terbesar di Asia Bakal Dibuka Tahun Ini
- Hab Pengangkutan Bersepadu Subpusat Beijing Dalam Pembinaan
- Beijing Umum 10 Teratas Bagi Destinasi Pemandangan Musim Bunga
- Inskripsi Liulihe Purba Sahkan Legasi Bandar 3,000 Tahun Beijing
- Simposium Bertemakan Mawar Buka Tirai di Beijing