Guangxi Bangun Pelancongan Rentas Sempadan RCEP, Galak Penggunaan Lebih Pelbagai

Wilayah Guangxi yang banyak menjalin kerjasama dengan negara-negara anggota Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP), salah satu tempat terbaik untuk menjana penggunaan dalam sektor pelancongan.

Pengarah jabatan budaya dan pelancongan Guangxi, Ou Yujun ketika membuat promosi pada satu acara bertemakan buah-buahan ASEAN di Nanning, menggalakkan pelancong datang berkunjung dan membeli-belah di sana.

Antara tarikan yang dipromosikan termasuklah Guilin yang terkenal dengan landskapnya yang indah serta “kampung panjang umur” Bama, dua destinasi yang turut menjanjikan buah-buahan yang lazat lagi murah, dengan kemudahan pengangkutan dan pembayaran yang menyenangkan.

Ou Yujun, Pengarah Jabatan Budaya dan Pelancongan Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi, menyampaikan ucapan. (Foto ihsan pihak penganjur)

Ou Yujun, Pengarah Jabatan Budaya dan Pelancongan Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi, menyampaikan ucapan. (Foto ihsan pihak penganjur)

Dalam acara yang dilancarkan pada 18 Jun lalu itu, sebuah video ditayangkan untuk memperkenalkan Guangxi, terutamanya mempromosikan tarikan dan buah-buahan istimewa di Guilin, Chongzuo dan Liuzhou.

Dimaklumkan, Guangxi menawarkan perkhidmatan penerbangan antarabangsa serta kereta api rentas sempadan, dan sesetengah bandar di wilayah itu boleh dilawati tanpa visa. Dengan adanya mod e-bayar yang menerima penggunaan kad bank asing, pelancong tidak perlu risau untuk membuat pembayaran ketika membeli-belah.

Video

Berita Berkaitan