- Lain-lain
Dari Dahan ke Hujung Lidah dalam 24 Jam
Sesi suai kenal berfokuskan pengeluaran dan pemasaran yang berlangsung di Nanning pada 18 Jun, dipercayai akan mempercepat pembentukan sebuah pola perdagangan buah-buahan serantau dengan ciri “Dihasilkan di ASEAN, diedarkan di Guangxi, dan laris dijual di China”.
Tapak aktiviti. (People's Daily Online/Lei Qijun)
Logistik yang efisien dianggap kunci untuk menyokong pola perdagangan ini.
Fu Jiahe, pengerusi Kumpulan Pengangkutan dan Logistik Nanning, menjelaskan bahawa bandar itu bergantung pada pelabuhan udara yang mempunyai kelayakan penyeliaan import buah-buahan serta laluan penerbangan terus dari ASEAN untuk memungkinkan pengedaran pantas produk berkenaan.
"Sebagai contoh, seluruh proses untuk membawa masuk durian Musang King Malaysia bermula dari pokok hinggalah penghantaran kepada pelanggan dapat diselesaikan dalam masa 24 jam."
Tapak aktiviti. (People's Daily Online/Lei Qijun)
Ketua Heshengxing Logistics, Jiang Yinyue pula mempromosikan buah-buahan seperti durian Monthong dan manggis yang menjadi keistimewaan Thailand.
Sesi suai kenal tersebut menarik penglibatan lebih 90 pembekal dan persatuan perniagaan buah-buahan ASEAN serta lebih 110 pembeli domestik. Melalui aktiviti promosi, pameran, sesi suai kenal dan sebagainya, banyak peniaga telah menzahirkan hasrat untuk menjalin kerjasama semasa berlangsungnya acara.
- Bina Hab Dagang Buah ASEAN, Sasaran Tiga Bandar
- Ekonomi Malam Guangxi Tumbuh Pesat
- Pesta Sanyuesan Guangxi Terangi Waktu Malam
- Industri Luosifen Berkembang Mekar, Pacu Kemakmuran di Guangxi
- Pelancongan Teh Jadi Tumpuan di Kaunti Autonomi Dong Sanjiang
- Alami Keunikan Blok Qilou Wuzhou yang Berabad Lamanya
- Nikmati Semangkuk Susu Soya Pada Waktu Minum Teh Pagi di Wuzhou
- Kelibat Kera Assam di Rizab Alam Semula Jadi Guangxi Petanda Perkembangan Pesat Biodiversiti
- Kereta Api di Guangxi Lancar Hidangan Tradisional Buat Penumpang
- "Dialog Datuk Bandar Dunia - Nanning" Tertumpu kepada Keterbukaan dan Kolaborasi