Kemboja Bantah Dakwaan Thailand tentang Pelanggaran Konvensyen Ottawa

(CRI)Ahad 10 Ogos 2025

Kemboja membantah Thailand yang mendakwa negaranya melanggar Konvensyen Ottawa yang melarang penggunaan periuk api anti personel (APL) pada Sabtu.

Menurut jurucakap pasukan Tentera Darat Thailand, tiga orang askarnya cedera ekoran terkena periuk api ketika meronda di kawasan bersempadan dengan Kemboja.

Dimaklumkan lagi, Thailand pernah mendapati dan membersihkan sejumlah periuk api di satu tapak yang pernah diduduki tentera Kemboja di provinsi Changwat Si Sa Ket pada 4 Ogos.

Tindakan Kemboja itu dilihat sebagai rintangan besar bagi pelaksanaan gencatan senjata dan penyelesaian masalah secara damai.

Dalam perkembangan lain, Kemboja membantah dakwaan terbabit pada malam Sabtu, dengan menyatakan masih belum ada siasatan rasmi yang telus dijalankan berhubung peristiwa kecederaan askar Thailand, di samping menyeru pihak-pihak terbabit bersikap tenang, kerana "tuduhan tidak berasas" boleh menjadikan semangat kerjasama dan rasa saling percaya dalam kerangka perjanjian gencatan senjata terhakis.

Video

Berita Berkaitan