- Lain-lain
Putar Belit Sejarah WWII, Kelakuan Mengaibkan --MFA
Kenyataan dikeluarkan ketua pejabat hal ehwal luar wilayah Taiwan jelas memutarbelitkan fakta dan mengelirukan khalayak ramai, serta mendedahkan sifat pentadbiran Lai Ching-te yang mengejar 'kemerdekaan Taiwan'.
Kecaman itu dibuat jurucakap Kementerian Luar (MFA) Mao Ning dalam sidang media di Beijing pada Isnin.
Baru-baru ini, ketua jabatan hal ehwal luar wilayah Taiwan mendakwa bahawa selepas Perang Dunia II (WWII), 'Perjanjian San Francisco' telah menggantikan Deklarasi Kaherah dan Perisytiharan Potsdam. Perjanjian itu tidak menyerahkan Taiwan kepada Republik Rakyat China, dan Republik Rakyat China tidak pernah memerintah Taiwan.
Mao berkata pengembalian Taiwan kepada China adalah hasil kemenangan WWII serta komponen penting dalam orde antarabangsa pasca perang.
Siri dokumen yang mempunyai kuasa di bawah undang-undang antarabangsa antaranya Deklarasi Kaherah, Perisytiharan Potsdam dan Instrumen Penyerahan Kalah Jepun telah pun mengesahkan kedaulatan China terhadap Taiwan.
Taiwan sebahagian wilayah China. Ini merupakan fakta kukuh dari segi sejarah dan undang-undang yang tidak boleh dipertikaikan.
Pada 1 Oktober 1949, Republik Rakyat China ditubuhkan secara rasmi dan Kerajaan Rakyat Pusat menjadi satu-satunya kerajaan sah yang mewakili seluruh China.
Beliau turut menegaskan bahawa kerajaan Republik Rakyat China menikmati sepenuhnya dan melaksanakan hak kedaulatan China, termasuk kedaulatan ke atas Taiwan.
- China Beri Amaran kepada Filipina, Jangan Cuba “Bermain Api” dalam Isu Taiwan
- China Kecam Kenyataan Lai Ching-te, Promosi Pemisahan "Kemerdekaan Taiwan"
- China Bantah Keras Jepun Terima Kunjungan Pegawai Taiwan
- Provokasi "Kemerdekaan Taiwan" Hanya Akan Musnahkan Diri Sendiri
- AS Perkuda Taiwan, Jadikan Mesin Tunai Menerusi Penjualan Senjata
- Jangan Samakan Isu Taiwan dengan Krisis di Ukraine - Jurucakap MFA
- Syarikat Berkaitan "Kemerdekaan Taiwan" Dilarang Lakukan Sebarang Urus Niaga di Tanah Besar
- Tindakan "Bermuka Dua" Pemimpin Taiwan Sudah Lapuk
- China Tolak Penglibatan Taiwan dalam WHA ke-78
- Kuasa Pembelot "Kemerdekan Taiwan" Hidup Dibayangi Latihan Tentera