Lebih 500 Petugas Kemanusiaan Maut di Gaza

(CRI)Rabu 20 Ogos 2025

Lebih 500 petugas kemanusiaan terkorban di Semenanjung Gaza susulan konflik Israel-Palestin yang tercetus sejak 7 Oktober 2023.

Perkara berkenaan dimaklumkan oleh Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA) sempena Hari Kemanusiaan Sedunia pada 19 Ogos.

Satu lagi laporan OCHA menunjukkan seramai 383 petugas kemanusiaan maut di seluruh dunia pada 2024, termasuk 181 terbunuh di Gaza dan 60 lagi terkorban semasa melaksanakan misi di Sudan.

Angka korban itu meningkat sebanyak 31 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Video

Berita Berkaitan