- Lain-lain
"Perjuangkan Kemenangan Muktamad Demi Kebebasan dan Kesamarataan Bangsa China" - Surat Tan Kah Kee Buat "Keluarga"
Dalam Perang Rakyat China menentang Pencerobohan Jepun dan Perang Anti-Fasis Dunia, terdapat ramai pemastautin China dan orang Cina di luar negara yang pernah memainkan peranan komplementari dalam memperjuangkan kemenangan muktamad dengan menyumbang wang dan barang, bahkan ada yang berani turun ke medan perang untuk berjuang di barisan hadapan.
Tan Kah Kee, yang digelar sebagai "Ikon Golongan Perantau China dan Kesuma Bangsa" adalah salah seorang daripadanya.
Selepas Perang Menentang Pencerobohan Jepun tercetus pada tahun 1937, Tan, anak Fujian yang sudah menjejak usia 63 tahun ketika itu menggerakkan mobilisasi di kalangan perantau China di Asia Tenggara untuk menubuhkan "Gabungan Persatuan Kebajikan Bantuan Perantau Cina Nanyang untuk Mangsa Perang di Tanah Air". Melalui perancangan dan pengelolaan yang teliti, beliau berjaya mengumpulkan lebih 400 juta Yuan (bersamaan kira-kira RM42,200) dalam tempoh lebih 3 tahun, yang dilihat boleh memberi sokongan dan galakkan besar kepada tentera domestik dalam perjuangan menentang pencerobohan Jepun.
Tan Kah Kee sangat mementingkan pendidikan dan pernah menubuhkan banyak sekolah rendah, sekolah menengah dan universiti di China.
Sejak bermulanya perang pertahanan menentang pencerobohan Jepun, Tan Kah Kee yang berada di Singapura ketika itu peka akan keselamatan warga sekolah, dan demi kepentingan tanah air menulis sepucuk surat "keluarga" yang istimewa kepada Encik Chen Cunmu, Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah Jimei pada masa itu, yang menggalakkan seluruh warga sekolah menyemarakkan semangat gigih berbakti kepada perjuangan menentang pencerobohan Jepun.
Ada kalimat sebegini yang terkandung dalam surat tersebut, "Kemenangan muktamad demi kebebasan dan kesamarataan bangsa China, tidak terlepas dari semangat korban seluruh rakyat beserta keazaman berjuang hingga saat terakhir."
Fahami Peradaban China dengan Presiden Xi: Saya Teringin Untuk Pergi ke Dunhuang Lagi
Keindahan Musim: Permulaan Musim Luruh
Peneraju Dwibahasa Muda Jelajah Zhejiang: Mencari Cenderamata Paling Diingini
Menjejak “Elemen Chengdu” di Kedai Rasmi TWG2025
Berbasikal Keliling Chengdu Pada Malam Pertengahan Musim Panas
- Raptai Sambutan Ulang Tahun ke-80 Kemenangan Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun dan Perang Anti-Fasis Dunia Giat Diadakan
- Surat Buat Keluarga: Zhang Zizhong Berbakti kepada Tanah Air
- Jepun Dituntut Berhati-hati dalam Isu Sejarah
- Raptai Kali Kedua Majlis Memperingati Ulang Tahun Ke-80 Kemenangan Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun dan Perang Anti-Fasis Dunia Diadakan
- Raptai Pertama Aktiviti Peringati Ulang Tahun Ke-80 Kemenangan Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun dan Perang Anti-Fasis Dunia Berakhir
- Beijing Anjur Upacara Peringatan 80 Tahun Kemenangan Menentang Pencerobohan Jepun
- Xi Beri Penghormatan kepada Wira Perang di Shanxi
- China Peringati Ulang Tahun ke-88 Bermulanya Seluruh Bangsa Menentang Pencerobohan Jepun
- Xi akan Hadir Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-80 Kemenangan Perang Menentang Pencerobohan Jepun, Fasis
- Jepun Diharap Refleksi Sejarah Secara Mendalam dan Bertekad Tempuh Jalan Pembangunan Damai