Kaunti Ninghai Bekalkan Alat Tulis ke Serata Dunia

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 05 September 2025

Sekolah di serata China pada telah memasuki semester baharu pada 1 September lalu. Para pelajar pada masa turut mengambil kesempatan untuk membeli-belah alat tulis baharu.

Menariknya, kebanyakan daripada pen, buku nota dan kotak pensil berasal-usul dari kaunti Ninghai, bandar Ningbo, Provinsi Zhejiang di timur China. Ninghai cukup sinonim sebagai penjana kepada industri alat tulis China.

Orang ramai membeli barangan alat tulis yang diintegrasikan dengan elemen budaya popular di satu pesta alat tulis anjura Deli Group, sebuah pengilang alat tulis di China, di kaunti Ninghai, bandar Ningbo, Provinsi Zhejiang, timur China. (Foto ihsan Jabatan Publisiti Jawatankuasa Parti Komunis China Kaunti Ninghai)

Menjelang April 2025, Ninghai mempunyai 772 pengilang alat tulis. Mereka menjana RMB34.55 bilion dalam jualan pada 2024, iaitu meliputi sekitar 20.2 peratus daripada keseluruhan industri alat tulis China. Produk alat tulis kaunti itu turut dieksport ke lebih daripada negara dan wilayah.

Pemandangan di kaunti Ninghai, bandar Ningbo, Provinsi Zhejiang di timur China. (Foto ihsan Jabatan Publisiti Jawatankuasa Parti Komunis China Kaunti Ninghai)

Pemandangan di kaunti Ninghai, bandar Ningbo, Provinsi Zhejiang di timur China. (Foto ihsan Jabatan Publisiti Jawatankuasa Parti Komunis China Kaunti Ninghai)

Cerita mengenai alat tulis Ninghai bermula pada lewat 1980-an. Selepas melalui pertumbuhan selama lebih daripada 30 tahun, kluster bengkel-bengkel kecil yang tidak popular sebelum ini telah beralih menjadi penjana industri, dengan turut mendapat jolokan seperti ‘pangkalan industri alat tulis China’.

Hari ini, Ninghai menempatkan sebilangan besar pendahulu industri. Antaranya, klip pengikat ekor panjang dengan jualan tahunan sebanyak RMB1 bilion dan volum pengeluaran tertinggi dunia, pengasah pensil dan stapler dengan lebih 60 peratus daripada pasaran global, dan pengasah pensil mempunyai pegangan sebanyak 74 peratus dalam pasaran domestik China.

Orang ramai membeli barangan alat tulis yang diintegrasikan dengan elemen budaya popular di satu pesta alat tulis anjura Deli Group, sebuah pengilang alat tulis di China, di kaunti Ninghai, bandar Ningbo, Provinsi Zhejiang, timur China. (Foto ihsan Jabatan Publisiti Jawatankuasa Parti Komunis China Kaunti Ninghai)

Orang ramai membeli barangan alat tulis yang diintegrasikan dengan elemen budaya popular di satu pesta alat tulis anjura Deli Group, sebuah pengilang alat tulis di China, di kaunti Ninghai, bandar Ningbo, Provinsi Zhejiang, timur China. (Foto ihsan Jabatan Publisiti Jawatankuasa Parti Komunis China Kaunti Ninghai)

Deli Group merupakan pengeluaran alat tulis di Ninghai. Pada mula pengoperasiannya. ia memfokuskan kepada alat tulis pejabat. Kini, ia telah berkembang kepada peralatan pembelajaran kanak-kanak dan peralatan pejabat.

Satu situasi di kilang Deli Group di kaunti Ninghai, bandar Ningbo, Provinsi Zhejiang, timur China. (Foto ihsan Jabatan Publisiti Jawatankuasa Parti Komunis China Kaunti Ninghai)

Satu situasi di kilang Deli Group di kaunti Ninghai, bandar Ningbo, Provinsi Zhejiang, timur China. (Foto ihsan Jabatan Publisiti Jawatankuasa Parti Komunis China Kaunti Ninghai)

Pengilang alat tulis di Ninghai berpendapat bahawa Ninghai telah mengecapi kejayaan dengan menggabungkan produk popular dengan penceritaan yang kuat, sekali gus mengubah pandangan bahawa alat tulis hanya sekadar alat, kepada pengalaman kebudayaan.

Produk alat tulis yang dikeluarkan oleh Ningbo Uhoo Office Stationery di kaunti Ninghai, bandar Ningbo, Provinsi Zhejiang, timur China. (Foto ihsan Jabatan Publisiti Jawatankuasa Parti Komunis China Kaunti Ninghai)

Di bilik pameran milik Syarikat Ningbo Uhoo Office Stationery, satu koleksi alat tulis yang menampilkan elemen budaya China tradisional akan terus menangkap perhatian si pelihat. Jiang Xinlian, pengurus besar syarikat itu berkata bahawa produk-produk tersebut khususnya popular di luar negara.

Sebagai pendraf piawaian pemegang kad ID kebangsaan China, Uhoo telah memanfaatkan Inisiatif Jalur dan Lauan untuk menjual produk yang diilhamkan daripada budaya ke Amerika Syarikat, Eropah dan Brazil.

6.	Produk alat tulis Doraemon yang dibangunkan oleh Ningbo Tianhong Stationery di kaunti Ninghai, bandar Ningbo, Provinsi Zhejiang, timur China. (Foto ihsan Jabatan Publisiti Jawatankuasa Parti Komunis China Kaunti Ninghai)

Produk alat tulis Doraemon yang dibangunkan oleh Ningbo Tianhong Stationery di kaunti Ninghai, bandar Ningbo, Provinsi Zhejiang, timur China. (Foto ihsan Jabatan Publisiti Jawatankuasa Parti Komunis China Kaunti Ninghai)

Hari ini, 30 peratus produk alat tulis yang dibuat di Ninghai dijual di China, dan 70 peratus lagi dijual di luar China.

Keberadaan di pentas global itu disokong oleh kekuatan pengeluaran dan strategi pemasaran yang aktif. Deli Group misalnya telah membina lebih daripada 10 ibu pejabat serantau dan 50 cawangan luar negara, sekali gus menjamin kedudukannya sebagai pendahulu dalam pasaran seperti Vietnam, Indonesia dan Emeriah Arab Bersatu (UAE).

Sebuah iklan papan tanda dan pengiklanan kapal udara bertemakan Ne Zha oleh Deli Group di kaunti Ninghai, bandar Ningbo, Provinsi Zhejiang, timur China. (Foto ihsan Jabatan Publisiti Jawatankuasa Parti Komunis China Kaunti Ninghai)

Video

Berita Berkaitan