- Lain-lain
Wang Yi Berbincang dengan Setiausaha Negara AS
China dan Amerika Syarikat (AS) perlu berpegang teguh kepada bimbingan strategik pemimpin kedua-dua negara serta melaksanakan konsensus penting yang telah dicapai bagi memastikan dua 'kapal gergasi' ini bergerak maju di landasan yang betul.
Demikian dinyatakan Menteri Luar China Wang Yi ketika mengadakan perbincangan dengan Setiausaha Negara AS Marco Rubio menerusi panggilan telefon pada Rabu.
Wang berkata kenyataan dan tindakan negatif oleh AS baru-baru ini mencabul hak dan kepentingan sah serta mencampuri hal ehwal dalaman China. Amalan seumpama akan mengganggu usaha membaik pulih dan mengembangkan hubungan dua negara.
Beliau turut menggesa supaya AS berhati-hati dalam isu berkaitan kepentingan teras China, khususnya isu Taiwan.
Dalam perbualan telefon itu, kedua-dua pihak juga menegaskan kepentingan untuk menangani perselisihan dengan baik, membincangkan kerjasama pragmatik serta menggalakkan hubungan China-AS berkembang secara mantap.
- Wang Yi Bertemu Delegasi Majlis Perniagaan AS-China
- Wang Yi Bertemu Delegasi Majlis Perniagaan AS-China
- China, AS Adakan Rundingan Perdagangan di Stockholm
- China, AS Fokus Selesai Persengketaan Dagangan Melalui Dialog dan Kerjasama
- Naib Perdana Menteri China Bakal Lawat Britain, Berunding dengan AS
- Tinjauan Pendapat CGTN: 90% Pilih Dialog bagi Penyelesaian Pertikaian Perdagangan China-AS
- Xi, Trump Bincang Hubungan Dua Hala Melalui Panggilan Telefon
- Naib Presiden China Han Zheng Temui Delegasi AS bagi Dialog Peringkat Tinggi Landasan Dua China-AS
- Wang Yi Terima Kunjungan Duta Besar Baharu AS ke China
- Rundingan Ekonomi dan Perdagangan China-AS Capai Kemajuan Signifikan