- Lain-lain
Menteri Pertahanan China, AS Berbincang Menerusi Panggilan Video
China dan Amerika Syarikat (AS) harus mengamalkan sikap terbuka, mengekalkan komunikasi dan pertukaran serta membina hubungan ketenteraan yang stabil dan positif berasaskan prinsip sama rata, saling hormat dan hidup bersama secara aman.
Demikian menurut Menteri Pertahanan China Dong Jun ketika mengadakan perbincangan bersama Setiausaha Pertahanan AS Pete Hegseth menerusi panggilan video pada Selasa.
Dong berkata China komited bekerjasama dengan negara lain di rantau ini untuk menjaga keamanan Laut China Selatan, serta menentang sekeras-kerasnya tindakan provokasi dan cubaan menghasut kekecohan oleh segelintir kuasa.
Ujarnya, China sentiasa memberi tumpuan kepada pembangunan sendiri dan tegas dalam mempertahankan hak dan kepentingan diri yang sah. Sebarang tindakan yang berniat mengekang, mengugut atau mencampuri urusan dalaman China pasti menjadi sia-sia.
- Wang Yi Bertemu Delegasi Majlis Perniagaan AS-China
- Wang Yi Bertemu Delegasi Majlis Perniagaan AS-China
- China, AS Adakan Rundingan Perdagangan di Stockholm
- China, AS Fokus Selesai Persengketaan Dagangan Melalui Dialog dan Kerjasama
- Naib Perdana Menteri China Bakal Lawat Britain, Berunding dengan AS
- Tinjauan Pendapat CGTN: 90% Pilih Dialog bagi Penyelesaian Pertikaian Perdagangan China-AS
- Xi, Trump Bincang Hubungan Dua Hala Melalui Panggilan Telefon
- Naib Presiden China Han Zheng Temui Delegasi AS bagi Dialog Peringkat Tinggi Landasan Dua China-AS
- Wang Yi Terima Kunjungan Duta Besar Baharu AS ke China
- Rundingan Ekonomi dan Perdagangan China-AS Capai Kemajuan Signifikan