- Lain-lain
China Tidak Akan Abaikan Prinsip, Syarikat, Untuk Capai Perjanjian
Kementerian Perdagangan China pada Khamis mengeluarkan kenyataan pendirian terhadap isu TikTok, dengan menyatakan bahawa China kekal konsisten dan tidak akan cuba mencapai perjanjian sambil mengabaikan prinsip, kepentingan syarikat serta keadilan dan kesaksamaan antarabangsa.
Menurut jurucakap Kementerian itu, He Yadong berkata China kekal menentang pempolitikan, penginstrumenan, dan persenjataan teknologi serta hal ehwal ekonomi dan perdagangan.
Ujar beliau, pasukan ekonomi dan perdagangan China dan Amerika Syarikat telah mengadakan perbincangan pada 14 dan 15 September di Sepanyol. Dipandu oleh konsensus penting yang dicapai oleh kedua-dua ketua negara menerusi panggilan telefon, kedua-dua pihak mencapai perjanjian rangka kerja asas dalam menyelesaikan isu berkait TikTok melalui kerjasama, mengurangkan sekatan pelaburan dan mempromosi kerjasama perdagangan dan ekonomi berkaitan.
He berkata, pihak kerajaan China menghormati sepenuhnya kerelaan dan sokongan syarikat dalam melakukan rundingan komersial sama rata berdasarkan prinsip pasaran. Tambahnya, kerajaan juga akan mengkaji semula dan meluluskan perkara berkaitan TikTok mengikut lunas undang-undang.
- Untung Bersama Jadi Pegangan, Isu Ekonomi Rungkai Melalui Rundingan
- Menteri Pertahanan China, AS Berbincang Menerusi Panggilan Video
- Wang Yi Berbincang dengan Setiausaha Negara AS
- Wang Yi Bertemu Delegasi Majlis Perniagaan AS-China
- Wang Yi Bertemu Delegasi Majlis Perniagaan AS-China
- China, AS Adakan Rundingan Perdagangan di Stockholm
- China, AS Fokus Selesai Persengketaan Dagangan Melalui Dialog dan Kerjasama
- Naib Perdana Menteri China Bakal Lawat Britain, Berunding dengan AS
- Tinjauan Pendapat CGTN: 90% Pilih Dialog bagi Penyelesaian Pertikaian Perdagangan China-AS
- Xi, Trump Bincang Hubungan Dua Hala Melalui Panggilan Telefon