Duta China Gesa Konflik di Gaza Ditamatkan Serta Merta

(CRI)Selasa 30 September 2025

China menggesa agar konflik di Gaza ditamatkan serta merta.

Gesaan itu dibuat Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Fu Cong ketika berucap pada mesyuarat terbuka Majlis Keselamatan PBB berhubung isu Palestin pada Isnin.

Beliau berkata masyarakat antarabangsa perlu bergabung tenaga, membina konsensus serta bersikap objektif dan adil bagi menyumbang kepada penyelesaian isu Palestin.

Ujarnya, China menggesa Israel untuk menghentikan segala operasi ketenteraan di Gaza dengan segera dan menyokong usaha yang dilakukan oleh organisasi kemanusiaan.

Fu turut menyeru supaya tindakan berkesan diambil bagi meredakan ketegangan di Tebing Barat, selain mendorong usaha "penyelesaian dua negara" dengan komitmen yang teguh.

Video

Berita Berkaitan