PBB Umum Pelan Bantuan 60 Hari untuk Gaza

(CRI)Jumaat 10 Oktober 2025

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Khamis mengumumkan pelan bantuan kemanusiaan selama 60 hari untuk Gaza sebaik fasa pertama perjanjian gencatan senjata berkuat kuasa.

Penolong Setiausaha Agung PBB bagi Hal Ehwal Kemanusiaan dan Penyelaras Bantuan Kecemasan, Tom Fletcher berkata bekalan sebanyak 170,000 tan yang terdiri daripada makanan, ubat-ubatan dan barangan keperluan lain telah disediakan.

Fletcher turut menyeru supaya masyarakat antarabangsa menyalurkan bantuan yang diperlukan kepada Gaza.

Video

Berita Berkaitan