- Lain-lain
Import Eksport China ke ASEAN Naik 9.6 Peratus pada Tiga Suku Pertama 2025
Jumlah keseluruhan import dan eksport China ke ASEAN mencecah RMB5.57 trilion, meningkat9.6 peratus berbanding tahun sebelumnya, dan menyumbang 16.6 peratus daripada jumlah nilai perdagangan asing China.
ASEAN terus mengekalkan kedudukannya sebagai rakan dagang terbesar China, dan rakan dagang utama bagi produk pertanian China selama 8 tahun secara berturut-turut.
Demikian menurut Pejabat Penerangan Negara China dalam sidang media mengenai prestasi import dan eksport negara pada tiga suku pertama tahun 2025 pada Isnin.
Dalam tempoh tersebut, import produk pertanian dari ASEAN meningkat 15.3 peratus, menyumbang 19.1 peratus daripada jumlah keseluruhan import pertanian China.
Sementara itu eksport China ke ASEAN bagi buah limau, salad dan produk lain mencatatkan pertumbuhan pesat.
Eksport mesin tekstil dan bahan tekstil China ke ASEAN masing-masing meningkat 28.2 peratus dan 13.4 peratus, manakala import pakaian meningkat 9.3 peratus.
Dari segi mod pengangkutan, perdagangan antara China dan ASEAN melalui pengangkutan darat meningkat 21 peratus pada tiga suku pertama tahun ini, manakala import dan eksport melalui pengangkutan air dan udara juga mencatatkan pertumbuhan yang pesat.
- ASEAN, Rakan Dagang Hasil Pertanian Terbesar China Selama Lapan Tahun Berturut-turut
- Import Eksport China-ASEAN Saksikan Pertumbuhan Selama 18 Bulan Berturut-turut
- Guangxi Sasar Bina Platform Kerjasama AI+E-dagang Rentas Sempadan
- Guangxi Berusaha Pacu Perdagangan Buah-buahan China-ASEAN
- Bina Hab Dagang Buah ASEAN, Sasaran Tiga Bandar
- Nanning Lancar Acara Bertemakan Buah-buahan ASEAN
- Dinamika China | Keefisienan Kastam Permudah Import Buah dari ASEAN
- RCEP Terus Beri Manfaat, Buah-buahan ASEAN Laris di Guangxi
- Pengimportan Buah Tropika Semakin Rancak Susulan Operasi Ekspres Lancang-Mekong
- Guangdong Perdalam Hubungan dengan ASEAN, Rakan Dagang Terbesarnya