Misi Tetap China ke FAO Dirasmikan di Rom

(CRI)Jumaat 17 Oktober 2025

Misi Tetap China ke Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) beroperasi secara rasmi di ibu pejabat FAO di Rom Itali pada Khamis, waktu tempatan.

China menyambung semula kerusi yang sah di FAO pada April 1973, dan menubuhkan Pejabat Wakil Tetap ke FAO secara rasmi pada tahun 1982.

Pejabat tersebut kemudiannya dinaiktaraf kepada perwakilan bertaraf duta pada tahun 2020.

Pada Ogos 2025, pejabat tersebut kemudiannya secara rasmi dinaik taraf menjadi Misi Tetap ke FAO.

Tiga agensi utama PBB yang berkaitan makanan dan pertanian merangkumi FAO, Program Makanan Sedunia (WFP) dan Tabung Antarabangsa bagi Pembangunan Pertanian (IFAD), kesemuanya beribu pejabat di Rom, Itali.

Video

Berita Berkaitan