- Lain-lain
Upacara Penyerahan Bantuan Kemanusiaan China untuk Mangsa Gempa Bumi Afghanistan Diadakan
Bantuan kemanusiaan kecemasan yang disediakan kerajaan China sebagai kumpulan pertama untuk mangsa gempa bumi Afghanistan telah tiba di sini pada Ahad.
Upacara penyerahan berkenaan disempurnakan dengan kehadiran kuasa usaha sementara Kedutaan Besar China, Bao Xuhui dan Timbalan Menteri Pembangunan dan Kebangkitan Desa Afghanistan, Mawlawi Sharafudin Muslim serta wakil-wakil dari Kementerian Luar Negeri, Kementerian Pengurusan Bencana dan Bulan Sabit Merah di negara itu pada hari yang sama.
Bao menyatakan bahawa gempa bumi dahsyat yang melanda beberapa provinsi terutama provinsi Akunor telah mengakibatkan kematian dan kecederaan serta kerugian harta benda dalam bilangan besar. Untuk membantu mangsa tempatan mengatasi kesukaran, kerajaan China serta-merta membuat keputusan untuk memberikan bantuan kemanusiaan kecemasan bernilai RMB50 juta (RM30 juta) kepada Afghanistan. Ini mencerminkan hubungan persahabatan yang erat antara kedua-dua negara.
Menurut Bao, bantuan kumpulan pertama termasuk khemah dan selimut, manakala bantuan selanjutnya akan tiba dalam beberapa hari akan datang. Beliau yakin bahawa di bawah pimpinan kerajaan Afghanistan, penduduk kawasan bencana dapat mengatasi kesulitan dan membina semula rumah mereka.
Mawlawi Sharafudin Muslim pula menyatakan bahawa selepas berlakunya gempa bumi, pemimpin China serta-merta menyampaikan ucapan takziah kepada Afghanistan, dan seterusnya bantuan kecemasan kumpulan pertama dari kerajaan China tiba dengan pantas. Ini merupakan sokongan dan bantuan yang besar kepada penduduk kawasan bencana. Pemimpin tertinggi Afghanistan berterima kasih atas ucapan takziah dan sokongan berharga dari China, dan negaranya akan sentiasa mengingati persahabatan dengan rakyat China.
Untuk rekod, Afghanistan dilanda gempa bumi berukuran 6.0 darjah pada skala Richter pada 31 Ogos yang lalu. Gempa bumi susulan yang masing-masing berukuran 5.5 dan 5.1 darjah pada skala Richter turut berlaku pada 2 dan 5 September.
Bulan Sabit Merah Afghanistan mengesahkan bahawa gempa bumi yang menggegarkan kawasan bahagian timur Afghanistan telah meragut 2,205 nyawa dan mengakibatkan 3,640 orang cedera.
Tales of Cities | Bunga Api, Ketukangan, Transformasi Pintar Tianjin
Dua Dekad "Hijau itu Emas": Kampung Aojiao Bukti Laut Biru Bawa Kemakmuran
Keindahan Musim: Berakhirnya Musim Panas
Festival Budaya Indonesia Diadakan di Beijing
Fahami Peradaban China dengan Presiden Xi: Saya Teringin Untuk Pergi ke Dunhuang Lagi
- Xi Ucap Takziah Gempa Kuat Gegar Afghanistan
- Pasukan China Selamatkan 9 Orang Mangsa Gempa Bumi Myanmar
- China Hantar Barang Bantuan Kecemasan Kumpulan Ke-2 ke Myanmar
- Barangan Bantuan Kecemasan Kumpulan Ke-3 dari China Tiba di Myanmar
- Klinik Jelajah Kendalian Pasukan Perubatan China Teruskan Perkhidmatan di Mandalay
- Pemimpin Myanmar Hargai Sumbangan Pasukan Penyelamat China
- Persahabatan 'Pauk-Phaw' Terserlah
- Majlis Penyerahan Vaksin China-Afghanistan Berlangsung di Kabul
- Menteri Luar China, Afghanistan Bincangkan Isu Pembangunan dan Keselamatan
- PM Afghanistan Terima Kunjungan Wang Yi di Kabul
- China Salur Bantuan Kemanusiaan RMB50 Juta kepada Afghanistan
- Barangan Bantuan Kecemasan Kumpulan Ke-7 dari China Tiba di Myanmar
- China Komited Bantu Myanmar Kawal Keamanan Kawasan Sempadan
- Barang Bantuan Kecemasan Kumpulan Ke-8 dari China Tiba di Myanmar
- Macau Hantar Pasukan Perubatan, Bantu Kerja Pemulihan di Myanmar
- Barang Bantuan Kecemasan Kumpulan Ke-11 oleh Kerajaan China Tiba di Myanmar
- Barangan Bantuan Kecemasan Kumpulan Ke-12 dari China Tiba di Myanmar
- WFP Hargai Bantuan China kepada Mangsa Bencana di Selatan Madagascar
- Tingkatkan Kewaspadaan, Utamakan Kerja Menyelamat Bencana - Xi
- Bekalan Elektrik Pulih Sepenuhnya di Kawasan Bencana Yuzhong