Xi Ucap Tahniah kepada FAO Sempena Ulang Tahun ke-80

(CRI)Jumaat 17 Oktober 2025

Presiden China Xi Jinping menyampaikan ucapan tahniah kepada Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (FAO) sempena ulang tahun ke-80, pada Khamis.

Xi dalam surat tahniahnya berkata FAO memainkan peranan signifikan dalam usaha menjamin keselamatan makanan dunia, memajukan pembangunan luar bandar dan transformasi sistem makanan, serta meningkatkan taraf hidup rakyat di pelbagai negara.

Xi turut menekankan bahawa kerajaan China amat mengutamakan keselamatan makanan, memberikan jaminan makanan kepada lebih 1.4 bilion rakyat bersandarkan keupayaan diri, di samping menghulurkan bantuan semampu boleh kepada negara-negara lain, menyumbangkan kekuatan China dalam menjamin keselamatan makanan dunia.

Menurut Xi, pihak China akan terus menyokong FAO untuk memainkan peranan penting dalam bidang pertanian dan makanan di peringkat global, bersedia untuk bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa dalam melaksanakan Inisiatif Pembangunan Global, mendorong Agenda Pembangunan Mampan 2030 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Selain itu, menurut Xi, China akan memacu pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan, demi memberikan sumbangan lebih besar kepada peningkatan kesejahteraan rakyat di pelbagai negara,"ujar beliau.

FAO ditubuhkan pada 16 Oktober 1945, dan China antara salah satu negara pengasas pertubuhan tersebut.

Video

Berita Berkaitan