- Lain-lain
Simposium Antarabangsa di Wuhan Fokuskan Resolusi 2758 Perhimpunan Agung PBB
Simposium antarabangsa "Ualng Tahun ke-80 PBB: Order Dunia, Undang-Undang Antarabangsa dan Masa Depan Multilateralisme" anjuran bersama Universiti Wuhan China dan Universiti Benha Mesir membuka tirainya di bandar Wuhan, provinsi Hubei pada Sabtu.
Para hadirin termasuk bekas Setiausaha Agung PBB Miguel de Serpa Soares, Ketua Setiausaha Persatuan Undang-Undang Asia-Afrika Kamalnath Pandey, dan Presiden Universiti Benha Mesir Nasser EL-Gizawy telah bersama-sama mencapai kata sepakat bahawa semasa memperingati ulang tahun ke-80 PBB, semestinya mempertahankan dengan teguh hasil kemenangan Perang Dunia Kedua dan order antarabangsa pasca perang, beserta manifesto dan prinsip Piagam PBB, mengolah fakta sejarah dan mengiktiraf Taiwan adalah sebahagian wilayah China yang termaktub dalam dokumen sejumlah undang-undang antarabangsa termasuk Deklarasi Kaherah, Deklarasi Potsdam dan Resolusi No.2758 Perhimpunan Agung PBB.
Serentak itu, berdasarkan prinsip kesetaraan kedaulatan dan tidak campur tangan dalam urusan dalaman negara lain, perlunya menyokong PBB memainkan peranan teras dalam menangani urusan antarabangsa dan bersama-sama mengambil tindakan tulen dalam memartabatkan amalan multilateralisme.
Timbalan Ketua Pejabat Hal Ehwal Taiwan Dewan Negara China, Zhao Shitong dan Setiausaha Parti Komunis China di Universiti Wuhan Zhu Kongjun dalam ucapan mereka masing-masing menyatakan bahawa sebarang tindakan yang memutarbelitkan dan mencabar terhadap Resolusi No.2758 Perhimpunan Agung PBB bukan sahaja dilihat mengancam kedaulatan dan integriti wilayah China, malah bertujuan mencabar autoriti PBB dan menggoyahkan order antarabangsa pasca perang.
Masyarakat antarabangsa diharap agar memahami dan menyokong perjuangan kerajaan dan rakyat China dalam menentang gerak-geri pembelot "Kemerdekaan Taiwan" dan mewujudkan penyatuan semula tanah air dengan seawal mungkin.
Yang boleh dipastikan bahawa tidak kira apa perubahan yang berlaku di pulau Taiwan, dan sejauh mana campur tangan yang didalang kuasa luar, penyatuan semula tanah air China pada akhirnya akan diwujudkan selaras dengan trend sejarah.
- Xi Ucap Tahniah kepada FAO Sempena Ulang Tahun ke-80
- China Cadang Tiga Usul Untuk Reformasi Struktur PBB
- Dua Pasukan Pengaman China Terima Pingat PBB
- PM China Bertemu Ketua PBB di New York
- Sidang Peringkat Tinggi Perhimpunan Agung Ke-80 PBB Bermula
- Pasukan Pengaman China Mengambil Bahagian dalam Latihan “Angel Rescue 2025”
- China Kemuka Lima Cadangan untuk Pembaharuan PBB
- China Tekankan Kerjasama Kewangan Global di Persidangan PBB
- Konvensyen Pertubuhan Antarabangsa untuk Pengantaraan Berkuatkuasa di Hong Kong
- Peranan PBB Perlu Diperkasakan, Tidak Boleh Dibiarkan Lemah




