Kerjasama China-ASEAN Melalui CAFTA Lebih Relevan dan Substantif

(CRI)Selasa 28 Oktober 2025

China dan ASEAN menandatangani protokol penaiktarafan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA) versi 3.0 di Kuala Lumpur Malaysia pada Selasa.

Seorang pegawai Kementerian Perdagangan China menyatakan, setelah penandatanganan protokol tersebut, kedua-dua pihak akan melaksanakan prosedur ratifikasi masing-masing dan berusaha untuk menguatkuasakan protokol tersebut dengan secepat mungkin.

Protokol penaiktarafan CAFTA versi 3.0 merangkumi sembilan bidang utama termasuk lima yang baru ditambah, iaitu ekonomi digital, ekonomi hijau, kesalinghubungan rantaian bekalan, persaingan dan perlindungan pengguna, serta perusahaan mikro, kecil dan sederhana, yang turut mencerminkan inspirasi dan tindakan bersama kedua-dua pihak untuk menerajui penggubalan peraturan antarabangsa secara proaktif serta memajukan kerjasama dalam sektor baharu. CAFTA versi 3.0 yang menumpukan kepada peraturan dan bidang kerjasama itu bertujuan mendorong pembangunan ekonomi serantau yang inklusif, yang dipercayai boleh membantu meningkatkan kerelevanan baik sektor korporat mahupun rakyat jelata dalam pertumbuhan ekonomi serantau.

Pengarah Jabatan Antarabangsa Kementerian Perdagangan China Lin Feng menyatakan, penandatanganan protokol ini mencerminkan sokongan kukuh kedua-dua pihak terhadap amalan multilateralisme dan perdagangan bebas melalui tindakan konkrit, memberikan contoh penting kepada pelbagai negara dalam menentang amalan unilateralisme dan proteksionisme, serta bekerjasama untuk menghadapi cabaran yang wujud dalam perdagangan antarabangsa.

“Ini menandakan kerjasama perdagangan bebas antara kedua pihak akan bergerak ke tahap yang lebih tinggi, menggalakkan integrasi ekonomi serantau secara menyeluruh, dan juga kondusif bagi membina pasaran serantau yang terbuka, inklusif dan berasaskan peraturan, malah menyumbang kepada pembinaan komuniti berkongsi nasib China-ASEAN,” katanya.

Video

Berita Berkaitan