Dagangan Import China Tumbuh Stabil Tiga Suku Pertama 2025

(CRI)Jumaat 31 Oktober 2025

Perdagangan import China terus mengekalkan momentum pertumbuhan stabil pada tiga suku pertama tahun ini, menurut Kementerian Perdagangan China (MOFCOM) pada Khamis.

Jurucakap Kementerian Perdagangan China (MOFCOM), He Yongqian dalam sidang media pada Khamis memaklumkan, jumlah import produk pertanian mencapai USD57.1 bilion (RM 239.23 bilion), meningkat 2.6 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu, sementara import produk elektromekanikal serta produk berteknologi tinggi masing-masing naik 5 dan 8.6 peratus.

He berkata barangan import China kini lebih selaras dengan permintaan domestik, dengan sumber import yang pelbagai, dan saluran perdagangan import yang semakin lebih lancar.

Video

Berita Berkaitan