- Lain-lain
256 Syarikat Australia Sertai CIIE, Mencipta Rekod Baharu

Menteri Perdagangan Australia, Don Farrell mengetuai delegasi negara itu pada Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-8 yang berlangsung di Shanghai dari 5 hingga 10 November.
Delegasi Australia tersebut terdiri daripada 256 buah syarikat, sekali gus merekodkan jumlah tertinggi dalam sejarah penyertaan negara itu di CIIE.
Berdasarkan kenyataan media oleh Menteri Perdagangan Australia itu pada 4 November lalu, syarikat dari negara berkenaan akan mempamerkan pelbagai produk yang mendapat permintaan tinggi di pasaran China.
Produk-produk berkenaan merangkumi pelbagai kategori termasuk makanan berbungkus, produk tenusu, daging, makanan laut, wain serta produk penjagaan kesihatan.
Menurut Don Farrell, China merupakan rakan dagang terbesar bagi Australia dan hubungan berkenaan telah memberikan sokongan kepada syarikat dan peluang kekerjaan di seluruh Australia.
- CIIE ke-8 Dirasmikan Hari Ini
- Li Qiang Bakal Hadiri Majlis Perasmian CIIE
- Lebih 3,200 Syarikat Sahkan Penyertaan Untuk CIIE ke-8
- Pendaftaran Pelawat Profesional CIIE 2025 Dibuka
- Acara Promosi Pelaburan Wilayah CIIE di Hubei Himpun Lebih 300 Entiti
- Lebih 60 Peratus Ruang Pameran CIIE ke-8 Telah Ditempah
- CIIE ke-7: Beberapa Teknologi Canggih Buat Penampilan Sulung
- Pempamer Malaysia Kongsi Pasaran China di CIIE
- CIIE Bantu Produk LDC Tembusi Pasaran China
- CIIE Platform Penting Bagi Malaysia - Tengku Zafrul




